Keadaan tercekik di kalangan anak-anak boleh terjadi tanpa diduga. Bayi berkemungkinan mudah tersedak atau tercekik apabila ia mula diberi makanan jenis pepejal. Boleh jadu juga akibat objek yang dimasukkan sendiri ke dalam mulut.
Teringat zaman saya kecik dulu, adik saya yang masa tu masih baby, masih merangkak lagi. Kalau tak silap, belum umur setahun lagi. Mak tengah masak di dapur, saya bermain basikal di luar. Tiba-tiba nampak mak meluru keluar dari rumah sambil bawa adik saya yang mukanya sudah biru sambil menjerit minta tolong. Mak jatuh terjelepuk sambil dengan adik tergolek di depan gate. Bila adik jatuh tergolek barulah muka dia kembali merah dan menangis. Rupanya adik tercekik biji duku. Haih~
Bila kita dah bergelar mak, baaaanyak perkara yang perlu ambil tahu. Tambahkan ilmu parenting supaya tidaklah menggelabah kalau berlaku sesuatu yang diingini.
Bagaimana Mahu Bertindak Ketika Anak Tercekik
1. Bertenang . Jangan cuba untuk mengeluarkan objek yang tersekat di mulut bayi menggunakan jari kerana anda mungkin hanya menambah masalah lain pula.
2. Tiarapkan bayi di lengan atau paha anda. Jadu lehernya disokong dan kepalanya berkedudukan lebih rendah daripada badannya.
3. Tepuk belakang badan bayi dengan tapak tangan anda. Objek yang berada di dalam mulutnya mungkin terkeluar.
4. Jika anda masih tidak berjaya mencungkil objek yang tercekik selepas 5 kali percubaan , baringkan dia dan gunakan hujung 2 jari anda untuk mengurut tulang dadanya.
5. Jika bayi anda tidak mula sedarkan diri, cuba menepuk tapak kakinya atau memanggil namanya untuk kejutkannya. Baringkan dia dan pastikan dia bernafas dengan melihat pergerakan dadanya atau mendekatkan telinga anda pada mukanya.
6. Jika dia tidak bernafas, minta bantuan sesiapa yang bertauliah untuk melakukan CPR bagi membolehkan dia bernafas semula.
No comments:
Post a Comment