6 Perkara Akan Berlaku Pada Hari Pertama Kembali Bekerja

Perkara yang paling sukar dilakukan oleh wanita bergelar ibu adalah kembali bekerja selepas habis tempoh cuti berpantang. Terasa berat kaki melangkah meninggalkan si comel yang dua atau tiga bulan berkepit setiap saat dengan ibu.Tetapi apakan daya, selagi ibu bekerja terpaksalah ibu tingglkan anak kecil bersama pengasuh. Bagi yang sudah melahirkan anak kedua dan seterusnya, tentu sudah punya pengalaman tetapi yang baharu pertama kali bergelar ibu, ketahuilah perkara berikut ini yang akan berlaku kepada anda.

1. Tinggalkan bayi dengan orang asing

Sudah tentu ia perkara yang paling merisaukan anda. Bayangkan anda perlu meniggalkan bayi anda dengan orang lain yang mungkin baru pertama kali dikenali. Tentu sahaja pelbagai kebimbangan bermain di fikiran. "Laratkah orang ini jaga anak aku?", "Nanti kalau baby menangis, macam mana? Kesiannya baby! Kesiannya pengasuh.." dan bermacam lagi persoalan. Berdoalah agar orang yang dipertanggungjawabkan menjaga anak anda dapat melaksanakan tugas dengan amanah.


2. Anda akan menangis sepanjang perjalanan ke tempat kerja

Mungkin sebelum ini anda bukan orang yang cepat menangis tetapi percayalah hari pertama berpisah dengan bayi pasti akan membuatkan anda menangis sepanjang jalan ke tempat kerja.


3. Anda akan menjadi 'selebriti' di pejabat

Ramai kawan-kawan yang akan menyambut kepulangan anda di pejabat. Antara soalan wajib ditanya adalah "Anak macam mana?", "Baby tinggal kat mana, dengan sapa?", "Eh dah kurus."Bersedialah untuk kembali melayani persoalan kawan-kawan anda yang prihatin itu.



4. Anda sangat memerlukan pengecas telefon bimbit 

Antara tugas yang anda akan lakukan pada hari pertama bekerja adalah melihat telefon bimbit anda setiap 10 minit sama ada pengasuh bayi ada menelefon atau tidak. Selain dari itu anda juga asyik melihat 3,500 keping gambar si kecil yang memenuhi galeri gambar telefon bimbit anda. Ya, anak anda baru berusia tiga bulan, dan gambarnya sudah ada sebanyak itu? Sebab itulah anda perlukan pengecas. Telefon anda akan cepat kehabisan bateri.


5. Anda tidak sabar hendak pulang ke rumah

Setiap saat terasa begitu lambat berlalu. Biasanya bila sudah mula bekerja di pejabat, anda tidak perasan masa berlalu begitu pantas tetapi pada hari pertama bekerja, asyik teringat si comel di rumah pengasuh. Tak sabarnya hendak balik! Yang pasti anda tidak akan menunggu satu saat pun untuk segera pulang ke rumah.


6. Hilang gundah gulana sebaik pandang wajah anak

Sebaik melihat wajah si comel yang ditinggalkan seharian, apatah lagi dengan matanya yang bersinar serta senyuman manis yang dilemparkan membuatkan semua tekanan dan kegusaran ibu terbang entah ke mana. Yang pasti, anda semakin yakin untuk melalui hari esok dengan lebih tenang kerana bayi anda tahu ibu hanya tinggalkan dia seketika sahaja.

Ok tak tips ni?
Dah, ibu-ibu yang sedang dalam berpantang.. yang tinggal lagi beberapa hari nak naik kerja...Jangan risau ya.. Untuk menyesuailan diri dengan rutin baru memang makan masa. Lama-lama ibu dan baby akan terbiasa dengan rutin harian.
 Doa banyak-banyak agar anak kita sentiasa dilindungi-Nya.
Ingat tujuan bekerja. Niat Kena betul. Insya Allah, Allah Permudahkan.


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test