Di sini adalah beberapa perkara asas yang wanita korea amalkan selepas melahirkan anak. Proses
1. Makan sup Miyeokguk ataupun sup rumpai laut korea 3 kali sehari. Sup rumpai laut ini di katakan dapat membersihkan badan dan "mencuci" darah dan membantu penghasilan susu ibu.
2. Ibu baru lepas bersalin di larang membuka botol air. Tidak bagus untuk pergelangan tangan.
3. Hanya menggunakan pinggan mangkuk plastik selain pinggan kaca kerana pinggan mangkuk yang berat tidak bagus untuk pergelangan tangan yang masih lemah. Ibu baru lepas bersalin harus mendapatkan rehat yang secukupnya.
4. Harus memakai baju berlapis-lapis walaupun cuaca tidak berapa sejuk kerana berpeluh semasa berpantang adalah bagus. Anda tidak di bernarkan sama sekali merasa aircond ataupun buka kipas! Stokin memang wajib pakai.
5. Tidak boleh minum minuman ais.
6. Tidak boleh mengangkat barang berat selain daripada baby.
7. Tidak boleh buat kerja-kerja rumah . Maknanya, no laundry, no cleaning hatta sapu sampah sikit pun, tak boleh memotong sayur atau membuat apa-apa aktiviti yang menggunakan tenaga.
8. Tidak boleh keluar rumah sehinggalah hari yang ke 30 selepas berpantang.
Lebih kurang sama sahaja kan dengna berpantang orang melayu ? cuma berpantang cara orang melayu tu banyak guna jamu. Apa yang saya suka tentang berpantang orang Korea adalah makan SUP SEAWEED!
No comments:
Post a Comment