Kolagen adalah sejenis protein yang paling banyak terdapat dalam tubuh badan manusia. Protein ini diperlukan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit.
Tidak dinafikan, ramai wanita yang mahukan kulit yang licin dan gebu. Ramai berlumba-lumba membeli produk kecantikan untuk dapatkan wajah awet muda. Tahukah anda kita boleh dapatkan kolagen dari sumber makanan di sekeliling kita dengan mudah ? Tidak perlu susah-susah nak rebus sisik ikan untuk dapatkan kolagen. Jom lihat makanan yang kita boleh makan untuk awet muda dan Kolagen FREE!
Sayur berwarna hijau tua adalah sumber terbaik yang mengandungi agen kolagen. Sayur seperti bayam, kobis dan kale sangat bagus untuk diet anda. Ianya mengandungi anti-oksidan yang di kenali sebagai lutein. Kajian di Perancis mendedahkan bahawa sayur-sayuran berdaun hijau ini mampu melembapkan kulie, menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan kulit. Selain kaya dengan vitamin C, orang yang rajin makan sayuran berdaun hijau seperti bayam, asparagus, (DLL) mammpu menguatkankan kebolehan badan menghasilkan kolagen .
Buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C adalah sumber kolagen natural. Anda boleh amalkan makan buah-buahan seperti limau, lemon dan strawberi di dalam pemakanan seharian.
Prune
kandungan antioksidan yang tinggi mampu meneutralkan radikal bebas di dalam tisu kulit. Blueberry adalah sumber buah kedua tertinggi kandungan anti-oksidan selepas prunes. Anda di galakkan untuk memakan 5-6 biji prunes untuk mendapatkan kesihatan yang optimum
Asid Omega membantu persekitaran yang bagus untuk penghasilan kolagen.
Flaxseed
Makanan yang tinggi kandungan sulfur juga penting untuk penghasilan kolagen di dalam badan. Contohnya seperti buah zaitun hijau dan hitam, timun segar dan batang celery. Vitamin A akan bekerjasama dengan baik bersama sulfur untuk mengekalkan kandungan kolagen di dalam sel kulit.
Rose Hip
Rose Hip
No comments:
Post a Comment