Indeks Pencemaran Udara ( IPU ) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tajap kualiti udara IPU adalah seperti gambar di bawah.
Menurut Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia (2013), jerebu boleh didefinisikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusa dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosfera di katakan berjerebu sekiranga terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan yhang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah. Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas.
Kejadian jerebu yang paling teruk di alami negara bermula pada tahun 1997 di sebabkan pembakaran terbuka di Kalimantan . Negara Sabah terjejas teruk akibat fenomena ini. Masalah jerebu akibat pembakaran hutan di Indonesia terus berulang setiap tahun.
Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.
Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
1.
2. Serangan jantung
3. Gatal–gatal pada tekak
4. Gatal–gatal pada mata
5. Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
6. Gatal–gatal pada kulit. ( Sesetengah bayi mudah dapat ruam)
Siapakah yang berisiko mendapat
Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini.
1. Kanak–kanak
2. Warga emas
3.
4. Pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
5.
6.
Pencegahan
Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?
Tip–tip kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.
- Di rumah, saya akan letakkan botol air besar 2L untuk latih anak-anak kerap minum air.
- Sepanjang jerebu melanda, saya sering mengemop lantai dan vacuum rumah berulang kali supaya anak sulung saya yang pernah terkena bronchitis kurang berisiko untuk terkena lagi. Bronchitis
Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu bayi saya semasa jerebu?
Berikut adalah beberapa panduan yang anda boleh ikuti untuk merawat masalah kesihatan yang disebabkan atau yang menjadi lebih teruk akibat jerebu.
1.
Titiskan beberapa titik larutan bergaram (diperolehi dengan mudah di kebanyakan farmasi) untuk membantu melegakan kegatalan. **Sesetengah ibu percaya dengan petua tradisional bahawa beberapa titik susu ibu juga berkesan.
2. Bersin-bersin, hidung berair, tekak kering dan batuk kering
- Kanak-kanak di bawah usia satu tahun tidak seharusnya diberi ubat selesema atau ubat batuk. Periksalah dengan doktor keluarga atau pakar kanak-kanak untuk mengetahui apa yang sesuai bagi bayi anda, bergantung kepada umur dan beratnya.
- Pastikan bayi anda memperolehi banyak rehat dan cecair termasuk susu ibu atau susu formula, air, sup dan jus.
- Tambahkan jumlah pengambilan vitamin C melalui jus buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Jika anak anda menyusu badan, tingkatkan pengambilan jenis makanan yang kaya vitamin C supaya bayi anda turut mendapat faedahnya.
- Sekiranya dia mengalami demam, beri dia cecair paracetamol di bawah arahan doktor.
3. Sesak nafas atau asma
Asma yang berlaku pada kebanyakan kanak-kanak adalah reaksi terhadap sesuatu pencetus, dan jerebu biasanya dikenalpasti sebagai pencetusnya. Jerebu boleh membuatkan asma seseorang itu lebih teruk, oleh itu jika bayi anda berdehit (bunyi *hiiiiit...
1. http://www.academia.edu/9340366/kesihatan
2. http://www.babycenter.com.my/a1037919/jerebu-melindungi-bayi-anda
3. http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/kesihatan-alam-sekitar/jerebu-a-kesihatan
No comments:
Post a Comment