Risiko Anak Tidak Kunyah Makanan


Baik dewasa mahupun kanak-kanak mereka tetap perlu mengunyah semasa makan. Tetapi ada di kalangan anak-anak malah orang dewasa yang tidak mengunyah dengan betul. Apakah risiko yang akan dialami oleh kanak-kanak yang tidak mengunyah dengan betul? Adakah ia akan mempengaruhi pertuturan mahupun sistem penghadamannya?


Hakikatnya, umur dan peningkatan dalam saiz badan adalah antara faktor-faktor berkaitan dengan keupayaan mengunyah yang utama untuk kanak-kanak. Ia juga bergantung kepada kematangan gigi


Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, menunjukkan orang biasa mengunyah setiap gigitan makanan mereka antara 14 hingga 20 kali sebelum menelan. Yang mana, mengunyah merangsang pengeluaran air liur yang mengandungi enzim alfa-amilase dan membantu penghadaman seluruh makanan yang diambil. Tindakan enzim amylase berakhir apabila makanan dicerna memasuki usus kecil.


Semasa seseorang mengambil makanan, usus kecil mempunyai keupayaan mengeluarkan hormon (neurotransmitter) yang akan dibawa melalui darah kepada pusat mengesan “rasa kenyang dan penuh” di otak. Ini mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berlaku. Sebab itulah, mengunyah makanan secara perlahan membantu mengelak makan berlebihan. 


Kebanyakan kanak-kanak yang telah melepasi peringkat umur di mana makanan yang disediakan selembut dan sehancur yang boleh dan mempunyai gigi yang baik, berkeupayaan untuk mengunyah dengan baik. Yang penting ialah mereka diberi makanan yang seimbang. 



MENGAPA KANAK-KANAK LEBIH GEMAR MENELAN
Kanak-kanak dilihat lebih gemar menelan daripada mengunyah dengan betul makanan mereka. Fahami puncanya dan panduan mengatasinya.


1. Tabiat
Ibu bapa mesti selalu aktif menunjukkan cara makan, termasuk mengunyah makanan dengan betul untuk diikuti oleh anak-anak. 


2. Kehadiran alat pendakap gigi
Apa yang di makan secara langsung mempunyai kesan kepada kesihatan, termasuk kesihatan gigi dan gusi. Di sebaliknya, alat pendakap gigi (dental braces) atau gigi yang bermasalah boleh memberi kesan kepada makanan yang diambil.

Jikalau alat pendakap gigi menjadi punca anak tidak mengunyah makanan  dengan baik, Ibu bapa perlu mengubahsuai bentuk makanan supaya ianya lebih mudah untuk dikunyah dan ditelan.


3. Tidak berupaya untuk mengunyah
Tidak berupaya untuk mengunyah boleh disebabkan oleh kehilangan gigi, penyakit gusi dan kerosakan gigi. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini perlu dibawa berjumpa doktor gigi untuk dirawat.


4. Mulut atau tekak kering
Mulut kering boleh menjadi tanda penyakit-penyakit tertentu atau boleh disebabkan oleh ubat-ubatan tertentu atau kesan sampingan rawatan perubatan. Keadaan ini boleh dikurangkan dengan banyak minum air, mengulum gula-gula untuk merangsang lebih banyak liur dihasilkan oleh kelenjar air liur dan mengelakkan makanan pedas atau masin jika ia menyebabkan sakit di dalam mulut.


5. Ulser aphthous, luka-luka di mulut, biasanya pada pangkal gusi, di bibir dan dinding dalam mulut.
Ibu bapa perlu mendapatkan rawatan doktor dengan segera untuk mengatasi masalah pada penyakit yang dialami anak-anak. 


6. Gigi geraham rosak atau sakit.
 Rawat kerosakan gigi anak dengan membawanya ke klinik pergigian bagi mengatasi masalah gigi geraham rosak atau sakit.




sumber : mingguan wanita

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test