'Beguk' Boleh Berjangkit


Zaman kecil-kecil dahulu, tahun 90-an, pernah beberapa kali kena penyakit beguk . Dia punya sengal kat leher, jangan cakap lah. Nak gerakkan leher pun sakit. 

Mak akan sapu nila+cuka di bahagian leher kalau kami adik beradik terkena beguk. Tapi tak pernah tahu pun beguk tu sebenarnya boleh berjangkit!


Apa Itu Penyakit Beguk?

Penyakit beguk adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus (RNA Paramyxovirus). Ianya di sebarkan melalui udara oleh orang yang dijangkiti beguk samaada dari beresin, batuk dan sebagainya. Kanak- kanak boleh dijangkiti Beguk dari kawan-kawannya .


Tanda-tanda Penyakit Beguk

Tanda-tanda penyakit beguk adalah demam, berasa letih, bengkak pada kelenjar liur parotid iaitu kelenjar di belakang rahang bawan berhampiran terlinga. Kelenjar ini membengkak samada sebelah atau kedua-dua belah sekali.


Bila Beguk Boleh Menjangkit?

Kanak-kanak (atau dewasa) boleh menyebarkan Virus Mumps itu kepada orang lain dan kanak-kanak lain. Ia boleh menjangkiti orang lain kira-kira seminggu sebelum kelenjar bengkak dan 9 hari selepas kelenjar itu mula membengkak.
Jika seseorang tidak pernah mengidap beguk maka ia adalah terdedah kepada penyakit ini. Seseorang yang pernah dijangkiti penyakit ini akan mendapat pertahanan terhadap kuman ini sepanjanng hayatnya.

Apakah Ubat Untuk Beguk

Beguk tidak mempunyai ubat kerana tiada ubat untuk membunuh Virus itu. Ubat yang diberikan hanya membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak pada kelenjar liur. itu Ubat Paracetamol untuk demam dan rehat yang cukup.

**Kalau ikut petua orang tua-tua, mereka akan sapu nila+cuka. Sampai biru tengkuk akibat pewarna dari nila.

Adakah Beguk Boleh Dielakkan?

Ya. Beguk boleh dielakkan dengan mengambil Immunisasi untuk beguk ketika kanak-kanak berusia kira-kira sembilan bulan diambil sekali gus . Immunisasi ini biasanya boleh diambil di klinik-klinik swasta (tidak termasuk dalam program immunisasi kementerian kesihatan). Immunisasi ini dinamakan MMR (untuk pertahanan Measles, MUMPS dan Rubella)


Komplikasi (kesan sampingan)

1. Beguk boleh menyebabkan bengkak pada Buah Zakar (Orchitis) pada masa yang sama dan ini boleh menyebabkan kemandulan.
2. Beguk juga boleh menyebabkan komplikasi seperti 'Pancreatis' , iaitu kerosakan pada kelenjar pancreas di dalam perut.




sumber : http://kebajikan-selangor.tripod.com/id16.html

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test