5 Khasiat Labu Kepada Bayi dan Orang Dewasa



Labu adalah salah satu buah atau tanaman yang boleh di masak dengan pelbagai cara. Antaranya adalah :

  • Pengat Labu
  • Labu masak lemak bersama kacang panjang
  • Kek Labu
  • Puree Labu 
  • Dan bermacam-macam lagi.



Labu adalah antara masakan yang saya selalu masak untuk anak-anak saya. Selain dari rasanya yang manis, saya juga sukakan sebab khasiat yang terdapat di dalam nya. Bagus juga untuk di beri kepada baby dalam bentuk puree. Sebab rasanya manis. Lebih-lebih lagi kalau di blender dengan ikan grill ataupun sup ayam. Pasti baby makan  bertambah


KHASIAT BUAH LABU

1.Vitamin A.              
Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

2. Kulit Halus Berseri.   
Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.

3. Antioksida.    
Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.

4. Rabun Malam.   
Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.

5. Masalah Paru-Paru.   
Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum.   Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.



Kadang-kadang  Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".

-Labu adalah salah satu makanan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W-


sumber :
1. http://salamsejahtera66.blogspot.my/2013/01/makanan-kegemaran-nabi-saw-khasiat-buah.html

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test