Ibu darah "O" baby berisiko untuk kuning.




Bagi ibu-ibu yang berdarah 'O', pernah tak anda dan bayi ditahan di hospital sehingga 24jam selepas bersalin sedangkan ibu-ibu lain di sebelah katil anda yang bersalin lebih lewat sudahpun dibenarkan discaj bersama bayi mereka kerana darah mereka bukan 'O'?

Mengikut procedure di kebanyakan hospital kerajaan, bayi yang ibunya mempunyai kumpulan darah 'O' perlu di'observe' selama 24jam selepas kelahiran untuk memastikan mereka tidak mendapat jaundice akibat ABO incompatibility yang boleh terjadi seawal 24jam pertama baby.



Apa itu ABO incompatibility?
Ia adalah fenomena yg berlaku apabila ada 2 kumpulan darah yang tak 'compatible' bercampur.

Bahasa mudahnya;
Jika anda darah A, anda akan 'anti' kepada darah B. Jadi, jika anda menerima darah jenis B, sistem imun dalam badan anda akan membentuk antibodi yang menyerang sel darah jenis B menyebabkan sel darah B pecah. Bila sel darah merah pecah terhasillah bilirubin yang menyebabkan kuning/jaundice.

Jika anda darah B pula, anda akan 'anti' kepada A.
Jika anda darah AB, anda tidak 'anti' sesiapa.
Jika anda darah O, anda 'anti' kepada kedua-dua A dan B.

Jadi ABO incompatibility ini berisiko untuk berlaku apabila mak mempunyai darah O sedangkan baby mempunyai darah selain O (samada A atau B). 

Dalam rahim, darah O ibu dan darah A/B baby biasanya tidak bercampur dan dipisahkan oleh selaput uri (placental membrane). Tapi dalam situasi tertentu seperti keguguran, atau proses kelahiran, darah ibu dan baby boleh bercampur menyebabkan antibodi terhasil...sebahagian antibodi dari darah ibu tadi boleh melepasi placenta, pergi kepada baby dan bercampur dengan darah A/B baby. (Ingat lagi tak, darah jenis O ni memang 'anti' kpd A & B). So antibodi dari darah ibu tadi akan menyerang sel darah baby (jenis A/B) menyebabkan sel darah baby pecah dan bilirubin terhasil secara berlebihan.

Sebab itulah orang kata bila mak darah O baby berisiko lebih tinggi untuk kuning.
*Anak saya di dapati ada jaundice masa umurnya 3 hari rasanya. 


Rawatannya sama iaitu phototherapy, dan Dr akan ambil beberapa ujian darah utk pemeriksaan. Jika paras bilirubin terlampau tinggi sehingga mencapai paras merbahaya, bayi anda mungkin memerlukan rawatan pertukaran darah atau 'exchange transfusion'.


sumber : http://insyirahana.blogspot.my/

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test