3 Cara Teguran Elak Anak Cepat Sentap



Apabila mahu menegur, berikan informasi kepada anak apa sebab dia tidak boleh melakukan itu dan ini. Berikan sebab kepada larangan tersebut.


Paling penting, ton suara yang betul akan mengelakkan salah faham anak kepada anak yang mendengar. Ada masa ibu ayah tidak berniat untuk memarahi anak, tetapi dengan ton suara yang salah, ini akan memberikan persepsi, “Ibu saya ini asyik-asyik marah saya saja.”

3 TEKNIK KEMBALIKAN EMOSI ANAK

1. Perbuatan: Jangan kedekut nak peluk anak dan kadang boleh belai mereka lebih sebelum tidur. Ini jalan mudah untuk pujuk emosi anak setiap hari. Tambah pula kalau kedua ibu bapa bekerja.

2. Kata-kata dorongan: Sesekali ucap dan luah kata sayang untuk tanam kepercayaan bahawa dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik atau berbeza daripada orang lain.

3. Bahasa tubuh: Anak mula bercakap, anda pun kena hadap. Jangan sekadar angguk tetapi mata tengok tv atau telefon. Boleh sampaikan cara yang paling mudah anak nampak seperti senyuman, anggukan setuju dan gelengan kepala menolak perbuatan, ibu jari tanda bagus untuk menambahkan kekuatan perbuatan dan kata-kata daripada ibu dan ayah.


Selepas ini kalau anak memberontak atau meragam, kena semak dan boleh ikut seperti beberapa cara di atas. Berikan perhatian kerana walaupun sekecil-kecil perkara boleh menjadi besar buat mereka. Fahami teknik bahasa yang boleh diaplikasikan untuk tolak masalah anak yang suka merajuk dan menangis. 



sumber : http://mingguanwanita.karangkraf.com/3-cara-teguran-elak-anak-cepat-sentap-1.428605

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test