Tips mengurangkan masa memasak di dapur



Umum tahu sekarang dah banyak bazaar ramadhan untuk kemudahan orang ramai untuk membeli makanan berbuka puasa. Biasalah kan, lauk-lauk di bazaar ramadhan dan kuih muih nya teramatlah banyak pilihan. Kuih Talam, kuih donat, kui keria, kuih puteri mandi dan sebagainya. Sebut je dari A-Z, confirm ado!

Meskipun begitu, bagi ibu-ibu yang berazam untuk memasak sepanjang bulan Ramadhan ni, saya nak share bahan-bahan tumis yang boleh di sediakan lebih awal ataupun di sediakan untuk tempoh seminggu di dalam peti sejuk . Tempoh memasak di dapur pun lagi pantas! ye tak!


1. Bawang merah + bawang putih blend
2. Lada merah blend
3. Bawang merah yang siap di kupas
4. Bawang putih yang siap di kupas
5. Lada hidup blend
6. sambal kicap


 Tada!! Dah siap bahan-bahan menumis untuk Ramadhan...

Dari sisi tepi...hehe

Selain itu, sayur yang boleh di potong atau di siang siap-siap juga boleh di sediakan untuk seminggu. Sesetengah pendapat akan berpendapat, sayur tak fresh. Tapi, untuk ibu yang super bz , boleh lah practice macam ni di rumah! Antara sayur yang saya selalu siang siap-siap dan letak didalam plastik atau botol plastik/kaca adalah :
1. kangkung
2. bayam
3. sawi ( batang putih, batang hijau )
4. Kailan
5. Pok Choy
Etc..
Contoh seperti di bawah :

Sumber : google

Bila kita dah siap-siap siang sayur berdaun ni, kita boleh menyambil-nyambil buat kerja lain . Seperti membasuh baju, Masak air panas untuk berbuka, dan sebagainya. Contohnya, kalau kita nak masak kangkung goreng belacan. Keluarkan sahaja sayur yang dah siap di siang dari plastik, letak dalam besen besar, rendam kannya untuk buang segala pasir-pasir yang melekat. Bila dah sesiap nak menumis, barula tapiskan. Tak delah kita terkial-kial nak menyiang sayur sambil pakai baju kerja especially for BF mom. Anak mesti sikit-sikit nak susu.. kita yang tengah berperang di dapur asyik tertangguh-tangguh aje nak masak.

Sambil kita memasak untuk keluarga dengan air tangan kita, apa kata, kita amalkan doa-doa ketika memasak... Mudah-mudahan, Anak-anak kita menjadi anak yang mendengar  kata, lembut hati...mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.. Wallahu A'lam..
Sumber : google

Semoga Bermanfaat!!

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test