Merancang Kehamilan Selepas Bersalin


Assalammualaikum.
Salam Ramadhan.


Umum ketahui, kaedah merancang keluarga sekarang ada banyak cara. Kaedah merancang keluarga ini perlu di ambil tahu oleh golongan-golongan yang sudah berkahwin dan sudah pun mempunyai anak. Juga bagi mereka yang ingin menjarakkan anak . Ada juga berpendapat ingin merancang atas sebab kesihatan. Tidak ketinggalan, ada juga yang berpendapat, merancang kehamilan untuk kehidupan yang lebih stabil. 

Wallahua'lam.


Kita semua mempunyai lifestyle masing-masing yang kita selesa. Kita ada hak untuk menentukan kehidupan kita. Apa pun, Kita merancang, Allah jua yang menentukan.

Jenis-jenis Perancang kehamilan:

1. Alat Mencegah Kehamilan

i) Kondom Lelaki
kondom lelaki adalah sarung yang di pakai di zakar untuk mengelakkan air mani daripada memasuki faaraj perempuan. Kondom adalah salah satu kaedah mencegah kehamilan yang diperbuat daripada getah dan akan dibuang selepas setiap kali digunakan.
Keberkesanan : 99%. Kebarangkalian , 2 out off 100 kondom akan pecah.





ii)Kondom Wanita
kondom wanita adalah kantung yang sesuai di letakkan di dalam faraj untuk mengelakkan air mani daripada memasuki faraj perempuan. Ianya merupakan salah satu kaedah mencegah kehamilan yang diperbuat daripada getah dan akan di buang selepas setiap kali di gunakan.
Kondom wanita mempunyai gelang flexible di mana gelang yang lebih kecil pada akhir terletak di dalam faraj menutup serviks wanita daripada rembesan dari zakar manakala gelang yang lebih besar terletak di luar faraj.


iii) Spermicid
Spermisid adalah produk kimia dalam berntuk jeli, buih atau krim. Penggunaan spermisid adalah salah satu kaedah mencegah kehamilam. Bahan kimia spermisid direka untuk membunuh sperma sebelum ia mencapai rahim.
Keberkesanan, walaupun digunakan dengan betul, kadar kegagalan adalah 26/100.
Bagi wanita yang alah terhadap bahan kimia, kemungkinan mengalami lecuran atau mungkin kemerahan dan kegatalan.




iv) Diafragma
Diafragma adalah getah lembut berbentuk seperti kubah yang meliputi serviks untuk menghalang sperma daripada memasuki rahim. Spermisid boleh di tambah kepada diafragma untuk membunuh sperma yang mungkin terdapat di sekitar pelindung diafragma untuk meninggi peluang pencegah kehamilan.
Kesan sampingan : kemungkinan biasa adalah kegatalan faraj terutamnya wanita yang alah kepada getah.




v) Caps serviks
Pastikan anda dapatkan konsultasi doktor sebelum menggunakan caps serviks kerana ianya kurang popular. Cap serviks sejenis penghalang di perbuat daripada getah meliputi serviks untuk menghalang sperma daripada memasuki rahim. Spermisid boleh di tambah ke cap serviks untuk membunuh sperma yang mingkin terdapat di sekitar cap serviks untuk meninggi peluang pencegah kehamilan.
Keberkesanan : kadar kegagalan 20%




vi) Span Kontraseptif
Span kontraseptive adalah peranti berbentuk piring yanglembut yang di perbuat daripada busa poliurretana yang lembut. Di permukaan sebelah terdapat loop untuk memudahkan ia ditanggal untuk di buatng. Ia di reka untuk memuatkan serviks dan ia emncegah kehamilan dengan 3 cara :
1. Ia menutup serviks untuk mencegah air mani daripada memasuki rahim
2. Span kontraseptif mengandungi spermisid untuk membunuh sperma
3. Span kontraseptif boleh menyerap sperma.
Keberkesanan : Kadar kegagalan 10%


2. Hormon 
Hormon mengandungi hormon estrogen dan /atau progesteron. Penggunaan hormon adalah untuk menghalang ovary wanita daripada merembeskan telur setiap bulan, menyebabkan mukus serviks memekatkan membuat sperma lebih sukar untuk mencapai dan menembusi telur.


i) Pil perancang
*Pil Perancang ( Oral contraceptive Pil ) yang menggunakan hormon sintetik untuk mencegah kehamilan. 
*Ada 2 jenis pil iaitu gabungan yang mengandungi estrogen dan progesteron dalam bentuk sintetik.
*Yang satu jenis lagi adalah yang mempunyai progesteron sahaja ( ynag berfungsi untuk merawat kitaran haid dan mengurangkan jerawat ).
*Pil perancang akan mencegah ovulasi setiap bulan dan menyebabkan serviks menghasilkan mukus yang kurang tebal supaya sperma tidak boleh memasuki rahim dengan mudah. 
*Ianya akan menyebabkan lapisan rahim menjadi nipis supaya telur di senyawakan lebih sukar menempel di dalam dinding rahim.
* Pil perancang yang sesuai untuk ibu menyusu adalah pil yang mengandungi progesteron sahaya, contohnya Noriday dan memang satu-satunya pil yang biasa diambil oleh ibu menyusu. Pil ini sebaiknya perlu diambil setiap hari pada masa yang sama dan peratus kejayaan pil ini hampir 96-99%.

Pil gabungan yang turut mengandungi estrogen akan penghalang penghasilan hormon prolaktin dan mengurangkan penghasilan susu.

Pengambilan Noriday mungkin boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur para peringkat awal. Ibu dinasihatkan tidak menggunakan pil sebagai kaedah merancang keluarga sekinya mengalami masalah kuning, penyakit hati, mempunyai ketulan payudara, pendarahan dari vagina yang tidak normal, penyakit yang melibatkan pembekuan darah, termasuk sakit jantung, strok dan paru-paru.

Pil perancang juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi untuk sesetengah wanita.




ii) Implan (implanon)
Implan adalah kaedah perancang keluarga untuk jangkamasa panjang. Implan berbentuk seperti lidi yang dipasang di bawah kulit. Jadi, pembedahan kecil diperlukan untuk memasukkan implan.

Implan mengandungi hormon progesteron yang dibebaskan secara berterusan dan berupaya menghalang kehamilan selama lebih kurang 3 tahun. Pelindungannya bermula sejak hari pertama kehamilan.


iii) Suntikan Lunelle
Lunelle adalah suntikan yang mengandungi hormone estrogen sintetik dan progesteron. Lunelle adalah satu kaedah untuk mengawal kesuburan wanita dan kitaran pembiakan yang hanya di perolehi melalui preskripsi dari doktor. Suntikan Lunelle berfungsi dengan menghalang ovari daripada membebaskan telur ( ovulasi ). Ia menyebabkan serviks menghasilkan mukus yang kurang tebal supaya sperma tidak boleh memasuki rahim dengan mudah. Jadi, telur sukar menempel di dalam dinding rahim. Suntikan Lunelle boleh diperoleh setiap bulan iaitu 28-30 hari sekali. Suntikan pertama diberikan di dalam tempoh 5 hari pertama haid anda. Suntikan berulang akan di beri setiap bulan dari suntikan sebelumnya
Keberkesanan : Kadar kegagalan adalah 1%
Kesan Sampingan :

  • Pendarahan faraj
  • Haid tidak teratur
  • Sakit kepala
  • loya
  • pening
  • sakit dan tegang payudara
  • keletihan
  • kenaikan berat badan
  • perubahan selera makan.
  • Kaki kejang
  • jerawat
  • muram
  • sakit belakang
  • perut kembung





iv) Vaginal Ring
Vaginal Ring adalah sekeping plastik yang lembut dan fleksibel mengandungi hormon sintetik yang akan di serap ke dalam sistem pembiakan . Ia membantu mengawal kesuburan anda seperti hormon mencegah kehamilan yang lain.
Vaginal Ring berfungsi dengan menghalang ovari daripada membebaskan telur yang dikenali sebagai ovulasi. ia menyebabkan serviks menghasilkan mukus yang kurang tebal supaya sperma tidak boleh menembusi rahim dengan mudah dan telur sukar menempel di dalam dinding rahim.




v) Patch kawalan kelahiran
Patch kawalan kelahiran adalah tampalan plastik nipis ( 1 3/4 Inchi persegi )di letakkan terus pada kulit wanita. Hormon yang terdapat pada patch akan di serap ke dalam sistem badan anda.
Ia berfungsi dengan menghalang ovari daripada membebaskan telur yang dikenali sebagai ovulasi. ia menyebabkan serviks menghasilkan mukus yang kurang tebal supaya sperma tidak boleh menembusi rahim dengan mudah dan telur sukar menempel di dalam dinding rahim.





vi ) IUCD
( IUCD Multiload Cu250 atau Cu375 )

IUCD atau "intrauterine contraceptive device" ialah alat yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan. Alat ini tidak mengandungi sebarang hormon, dan merupakan segelung wayar kuprum yang bertali.
Waktu paling optima untuk memasukkan alat ini ialah hari terakhir haid. Ia juga boleh dimasukkan selepas keguguran atau bersalin.

Kelebihan IUCD
o Efektif, kesuburan boleh dikembalikan serta-merta selepas IUCD dikeluarkan, sesuai untuk jangkamasa yang panjang
o Tidak mengganggu penyusuan bayi
o Sesuai jika ada penyakit darah tinggi
o Tiada kesan negatif hormon seperti pertambahan berat badan, sakit kepala
Prosedur memasukkan IUCD
*Sebelum IUCD dimasukkan, doktor akan melakukan pemeriksaan vagina untuk memastikan kedudukan rahim. 
*Doktor akan memasukkan spekulum untuk melihat servik.
*Servik dan vagina akan dicuci dengan antiseptik
*Doktor akan mengukur saiz rahim sebelum memasukkan IUCD. 
*Anda mungkin akan merasa tidak selesa sewaktu IUCD dimasukkan. 
*Selepas IUCD dimasukkan, doktor akan memotong benang 2-3cm daripada servik. 
*Pemeriksaan ultrasound akan dilakukan untuk menentukan kedudukan IUCD.
*Anda akan mengalami sedikit pendarahan selepas IUCD dimasukkan.
*Anda juga akan mengalami sakit pada bahagian ari-ari selepas IUCD dimasukkan.

Anda mesti berjumpa dengan doktor jika:
o Haid lambat 2 minggu atau tiada haid
o Tidak dapat merasa benang atau dapat merasa bahagian plastik yang keras di dalam faraj
o Pendarahan yang banyak atau pendarahan selepas melakukan hubungan seks
o Senggugut atau sakit sewaktu melakukan hubungan seks
o Sakit ari-ari, sakit di hujung bahu, demam melebihi 38 darjah Celsius, pening, pengsan, lelehan faraj yang tidak normal

#Anda dinasihatkan menukar IUCD setiap 3 tahun (bagi Multiload Cu250) dan 5 tahun (bagi Multiload Cu375)

Prosedur mengeluarkan IUCD
*Untuk mengeluarkan IUCD, anda mesti berjumpa dengan doktor. 
*Prosedurnya seperti memasukkan IUCD. 
*Jika benang IUCD tidak dapat dilihat di dalam faraj, anda akan dirujuk kepada pakar ginekologi untuk mengeluarkan IUCD selepas dibius.
*Apabila menggunakan IUCD, risiko untuk mengandung masih ada.
*Jika anda disahkan mengandung, IUCD akandikeluarkan dan boleh menyebabkan keguguran. 
*Jika anda tidak mahu mengeluarkan IUCD, anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan kuman pada bahagian pelvis.
*Walaupun IUCD mampu mencegah kehamilan di dalam rahim, ia tidak dapat mencegah kehamilan di luar rahim.

3. Kaedah sterilasi ( pembedahan )
i) pembedahan tubal ligasi untuk perempuan

ii) pembedahan vasektomi untuk lelaki

4. Merancang secara semulajadi
i) Penarikan penis dari pemancutan sperma ke dalam rahim ( withdrawal )
ii) Mengelak dari membuat hubungan seks semasa kesuburan dengan menggunakan cara BBT, ( Carta Suhu Badan Asas ). Klik Di Sini untuk maklumat lanjut .

Semoga Bermanfaat!

Days 5 of Ramadhan
Selamat Berpuasa!

sumber : 
1. http://bayi-ibu.com
2. http://babydhiea.blogspot.com

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test