Karakter Anak Dari Turutan Kelahiran




Personaliti : Tanah, Air, Api atau Angin?


Tanah – Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api – Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas

Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti diri anak-anak. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata anda nilai sendiri keputusan kali ini.



Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan kedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.





Anak Sulung : Seperti Musim Luruh
Sikap semulajadi
1. Tegas
2. Berkepimpinan
3. Ego yang tidak keterlaluan
4. Suka jadi pengarah
5. Pemurah
6. Menepati waktu
7. Berdikari
8. Kurang Romantik
9. Pemendam rasa
10. Sukar untuk kata " tidak "
11. Luas Pengetahuan
12. Cepat Bersangka baik atau buruk

Anak sulung menempati posisi istimewa dalam sesebuah keluarga. Kelahiran anak sulung sellalu di tunggu-tunggu oleh setiap pasangan. Bahkan, pada zaman canggih dan berteknologi tinggi hari  ini,banyak aplikasi ataupun servis seperti outdoor photography, 3D scan, dan sebagainya.

Ketika masih tidak mempunyai adik beradik yang lain, kasih sayang sememangnya tercurah hanya kepada anak sulung dan kebiasannya anak sulung  akan mendapatkan apa jua dia inginkan dengan mudah. Namun orang tua biasanya menaruh harapan dan tanggungjawab besar pada si sulung.

Anak sulung mudah di kawal dan mengendalikan sesuatu. Terdapat 2 jenis anak sulung yang umum di ketahui. Yang pertama, jenis yang akan mengawal dan mengendalikan dengan gaya mengasuh yang lemah lembut. Sedangkan jenis anak sulung kedua lebih pada penggerak yang agresif dan cenderung memaksa orang di sekitarnya. 





Anak Kedua : Seperti musim sejuk
Sikap semulajadi anak kedua
1. Perangai yang mengambil mudah
2. Patuh arahan
3. Suka berfikir
4. Sensitif tetapi masih rasional
5. Cepat berubah fikiran
6. Pandai mengambil hati
7. Mudah marah dan mudah di pujuk
8. Senang memaafkan tetapi sukar melupakan
9. Sedikit kedekkut tetapi boleh bertukat menjadi terlalu boros dalam keadaan tertentu
10. Suka berahsia
11. Pemalu
12. Suka berkawan
13. Boleh diharap
14. Suka memberontak

Anak kedua pula adalah anak yang unik. Anak kedua adalah penyedia masalah kepada anak pertama. Anak kedua tidak merasai kedudukan berkuasa penuh seperti yang dirasai oleh anak pertama. Kelahiran anak kedua juga mengubah sikap dan pandangan ibu bapa. Anak kedua biasanya kurang diberi tumpuan. Sikap dan tingkah laku anak kedua juga tidak menimbulkan perasaan cemas kepada ibu bapa. Ibu bapa lebih bersahaja dalam menangani kerenah anak kedua.

Sejak lahir, anak kedua mempunyai tempat rujukan mereka sendiri, iaitu anak pertama. Anak kedua tidak keseorangan dalam segala hal. Tingkah laku anak pertama akan menjadi contoh, sumber inspirasi atau ancaman kepada anak kedua. Perkembangan anak pertama memberi kesan yang besar dan banyak membantu di dalam perkembangan anak kedua. Anak kedua sering menaruh harapan bukan sahaja ingin menyamai anak pertama, malah lebih berjaya daripada anak pertama. Harapan yang tertanam ini merangsang perkembangan bahasa dan kemahiran fizikal anak kedua.



Anak Ketiga : Seperti musim sejuk
Sifat semulajadi anak ketiga
1. Kuat berangan
2. Emosional
3. daya juang yang tinggi
4. Suka kelihatan cantik
5. Degil
6. Suka menolong
7. Berfikiran positif
8. Pemberontak jika tidak mengikut kemahuannya
9. Cerdas akalnya
10. Kurang berahsia

Anak ketiga karakternya lebih kepada dingin tetapi tegas orangnya. Mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya dan mempunyai daya saing yang tinggi. Selain di kenali dengan karakter yang degil, dia lebih di takuti oleh adik beradik yang lain akan sifatnya yang agak pemarah terutamanya jika ada yang tidak kena di mata mereka. 


Anak ke-empat : Seperti musim bunga
Sifat semulajadi anak keempat
1. Suka perhatian
2. MAnja
3. Mempunyai kekuatan jiwa
4. Kurang berbicara
5. Cerewet
6. Mempunyai simpati yang tinggi
7. Ego
8. Berfikiran jauh
9. Kurang rajin
10. Kreatif

Anak keempat bersifat lebih neutral dan bersahaja. Karakternya yang manja dan mudah mesra menyebabkan kebanyakan anak keempat ini lebih mudah di dekati . Mereka ramai kawan dan sukakan perhatian. 


Anak Tunggal 
Sifat semulajadi anak tunggal
1. Memiliki kadar idealistik yang tinggi
2. Suka merantau
3. Suka Berekreasi/ Bekerja
4. Mempunai sifat kepimpinan yang tinggi


Kesimpulannya, untuk ibu bapa, ia adalah penting untuk mengetahui karakter anak anda. Dengan memahami personaliti anak-anak dan perangai, anda boleh mewujudkan persekitaran mereka untuk membawa mereka ke arah potensi mereka sepenuhnya.

Anak-anak perlu diberi peluang untuk mencari bakat dan minat mereka. Sebagai ibu bapa, tugas yang paling penting adalah untuk menyokong perjalanan hidup anak-anak. 

Untuk percaya 100% tentang karakter yang di bincangkan,janganlah terlalu taksub.  Tetapi boleh di jadikan sebagai garis panduan untuk kita mendidik anak-anak supaya kita dapat mendekati mereka dengan lebih efektif melalui karakter mereka. Mana ada ibu bapa tidak sayangkan anak, bukan?

Tepuk Dada, Tanya Minda.
Anak-anak adalah Amanah.
Pinjaman dari Yang Esa.
Jagalah mereka Sepenuh Hati dan bertanggungjawab.

Wallahua'lam.


Day 3 of Ramadhan,
Semoga Bermanfaat!


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test