5 Resipi 10 Minit!



Hi!
Mummy-mummy semua.. Korang mesti pernah merasa pengalaman terlambat bangun sahur. Bangun sahur yang lagi 15-20 minit nak azan..

Meh, kite nak share resipi lauk yang cepat!
5-10 minit je kot!


Ready ha...
Nama lauk memang tak mewah..Tapi kalau makan dengan nasi panas, boleh mengundang penambahan nasi lebih sekali!

Sumber  : google 

1. Ikan bilis goreng bawang!
Prepare bahan :
a) Hiris - Bawang merah, bawang putih, lada cili (ikut berapa banyak nak )
b) goreng ikan bilis seberapa banyak yang di inginkan
 Caranya :
Tumis semua bahan yang di hiris sehingga bawang merah sedikit layur.
Taburkan secubit garam. Tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin.
Masukkan ikan bilis. Gaulkan rata.
Siap!

2. Ikan bilis Taucu
Prepare bahan:
a) 3 sudu taucu di basuh dan di toskan
b) Hiris - Bawang merah, bawang putih, lada cili (ikut berapa banyak nak ),
c) 4 sudu air asam jawa. lagi pekat lagi sedap!
d) Tomato belah 6
e) Goreng ikan bilis seberapa banyak yang di inginkan
Caranya :
Tumis semua bahan yang di hiris sehingga bawang merah sedikit layur.
Masukkan Taucu yang di toskan.
Masukkan tomato. Gaul rata sehingga 30 saat gitu.
Masukkan air asam jawa. Jaga api. Jangan kasi hangus. Biarkan mendidih seminit.
Masukkan Ikan bilis goreng. gaul rata 15 saat-20 saat.
Siap!


Sumber : Google 

3. Telur Goreng Kicap
Prepare bahan:
a) Goreng Telur
b) Hiris - Bawang merah, bawang putih, lada cili (ikut berapa banyak nak ), Halia
c) Serai  Di titik
d) Tomato Di belah 4
e) Kicap
f) air 1/2 cawan
Caranya :
Tumis serai dalam 5-10 saat. Jangan kasi hangus
Tuangkan bahan hiris. Tumis sehingga bawang merah layur sedikit.
Masukkan 1/2 cawan air
Masukkan Kicap ikut kepekatan yang anda mahu.
Biarkan reneh selama 30 saat. Masukkan garam secukup rasa.
( Jika ada daun limau purut, bolehla masukkan 4-5 daun )
Akhir sekali, masukkan telur yang sudah di goreng. Biarkan selama 15 saat.
Siap!


4. Sambal Ketuk/sambal belacan.
Prepare bahan :
a) 2 biji bawang merah besar di belah 4, 1 ulas bawng putih, 10 tangkai cili padi . Kesemua bahan ini, di goreng dengan sedikit minyak untuk layurkannya.
b) Ikan bilis di goreng dan di letakkan ke tepi.
Caranya :
Tumbuk kesemua bahan-bahan yang di goreng di atas. secubit garam untuk menaikkan rasa.
Sedap di makan dengan nasi panas dan telur goreng / ulam !

sumber : google

5. Salad Telur
a) hiris-hiris tomato ( 3 biji ) , timun jepuntimun biasa ( 1 biji )
b) Salad
c) Sos cili
d) Rebus Telur. Di belah 2 .
e) Susun salad telur seperti di atas.
Siap! Boleh aje di makan dengan nasi atau di makan begitu sahaja. Nama pun salad, kan...



Selamat Mencuba!
Nama tak gah
Tapi mengenyangkan~



lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test