10 Fakta tentang Kurma dan kebaikan untuk Ibu Hamil

Sumber : google


Apakah kandungan nutrisi yang terkandung di dalam kurma?
Banyak sebenarnya! Ia adalah manis, berasal dari buah-buahan yang lazat dari oasis tropika, penuh dengan mineral dan tenaga yang amat diperlukan untuk membantu anda kekal cergas dan sihat.

 Secara saintifik dinamakan sebagai Phoenix Dactylifera. Pokok ini dipercayai berasal di tanah-tanah di tebing Sungai Nil dan Sungai Euphrates Mesir purba dan Mesopotamia. Kurma kini ditanam secara meluas untuk buah-buahan yang boleh dimakan di bawah iklim lebih panas di semua benua.


"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum beberapa teguk air." (HR Tirmidzi)

Rutab adalah buah kurma yang masak dan belum dikeringkan.
Tamar adalah buah kurma yang telah dikeringkan.


10  Fakta tentang Kurma 

1. Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?

2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

4. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

5. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

6. Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

7. Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

8. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

9. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

10. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?



Manfaat kurma untuk ibu hamil

  • Kurma mengandung zat besi untuk mencegah anemia . Jadi, buah ini baik untuk ibu hamil.
  • Kurma mengandung hormone oksitosin yang berguna untuk merangsang penghasilan susu badan.
  • Kandungan Glukosa dan Fructosa dan karbohidrat yang ada dalam buah kurma akan menambah kekuatan dalam proses bersalin.
  • Mengandungi kalium yang bagus untuk mempertahankan degupan otot jantung.
  • Mengandungi serat fiber yang sangat bagus untuk melancarkan proses "Buang air besar"
  • Kurma mengandung kandungan Kalium yang bagus untuk pertumbuhan gigi dan tulang pada janin.


Antara Jenis-jenis Kurma 


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test