Membakar 1200 Kalori Sehari Melalui 8 Kerja Rumah


Jika wanita benar-benar menghabiskan masa membersihkan dan mengemas rumah setiap hari, terdapat banyak peluang untuk membakar kalori!


Kerja-kerja rumah adalah cara yang baik untuk membakar kalori. Membongkok dan regangan, sebagai contoh, apabila anda mengemas katil, mencuci tingkap atau mencuci pakaian merupakan senaman baik untuk toning peha dan meningkatkan fleksibiliti. Dan sentiasa berjalan naik dan turun tangga adalah senaman aerobik yang baik.




Semak  kalori vs aktiviti di rumah seperti di bawah :

1. Vakum selama 1 jam akan membakar 200 kalori

2. Membasuh Pinggan selama setengah jam akan membakar 50 kalori 

3. Membeli barang dapur/ kering selama sejam mampu membakar 350 kalori

4. Memasak selama 1 jam boleh membakar 1oo kalori

5. Mengelap tingkap selama 30 minit mampu bakar 125 kalori

6. Menggosok baju selama 30 minit boleh bakar 70 kalori. Selain senaman untuk tone kan muscle pada bahagian tangan dan bahu.

7. Mengemas katil seperti buka cadar dan pasang cadar selama 30 minit mampu membakar 130 kalori. Sama seperti anda joging di atas treadmill selama 15 minit.

8. Membasuh kereta selama 30 minit mampu membakar 143 kalori.

9. Membasuh bilik air selama 30 minit mampu membakar 90 Kalori.

Total kalori yang terbakar adalah lebih kurang 1258kcal!



3 Tips Hack supaya anda membakar lebih banyak kalori :

1. Letakkan bakul yang berisi baju untuk di gosok di atas lantai, berbanding meletakkan di atas meja/perabot yang selaras dengan papan seterika. Setiap kali mahu mengambil baju dari bakul , anda harus tunduk di mana ianya LEBIH banyak membakar kalori berbanding hanya bergerak ek tepi.

2. Rancang kerja-kerja mengemas rumah anda supaya anda sentiasa perlu menjalankan naik dan turun tangga. Sebagai contoh, kosongkan mesin basuh pinggan mangkuk di dapur, kemudian mengemas bilik tidur di tingkat atas, selepas itu vakum ruang tamu di tingkat bawah, kemudian membersihkan bilik mandi di tingkat atas - dan sebagainya.

3. Mengupas bawang/ memotong lada sambil berdiri rather than duduk di atas lantai.



Days 6 of Ramadhan,
Semoga Bermanfaat!

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test