Amalan sahur merupakan perkara sunnah yang amat dituntut untuk kita lakukan. Namun ia bukanlah wajib hingga jika tidak melakukannya tidak dikira ibadah puasa. Walaubagaimapun, jika sesuatu perkara itu dituntut seharusnya terdapat kebaikan serta hikmahnya tersendiri. Begitu halnya dengan sahur. Rasulullah ada bersabda daripada Anas r.a:
“Makan sahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkahan”. (
Dalam sahih Muslim pula ada menyebutkan Rasulullah bersabda:
“Perbezaan antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur”. (Muslim)
Melihat kepada kedua hadis ini dapat kita ketahui bahawa sahur adalah suatu perkara yang benar-benar dituntut kerana terdapat keberkahan padanya dan juga yang membezakan kita dengan puasa ahli kitab yang lain.
Days 6 of Ramadhan,
Selamat Berpuasa!!
No comments:
Post a Comment