6 Tips Gaya Gidup Sihat & Langsing


Sumber : Instagram Maria Kang. Ibu kepada 3 orang anak ( anak gap setahun )


Saya ingin kongsi sedikit amalan gaya hidup sihat semasa proses saya menurunkan berat badan bermula tahun lepas. Mudah-mudahan ianya berguna untuk ibu-ibu yang ingin sihat dan fit.





1. Buang Makanan Ringan.
Elakkan menyimpan makanan ringan di dalam rumah. Kalau pun nak beli untuk hari "cheat day", beli masa cheat day dan jangan makan di rumah. Makan semasa keluar berjalan-jalan atau di tempat kerja supaya kita tidak terlebih beli makanan ringan untuk di simpan di rumah. Percayalah, kalau dah kat supermarket tu, nampak junk food, mesti nak beli lebih. Kononnya takut anak-anak nak join sekaki. JANGAN! Anda akan terdorong untuk beli junk food lebih dari yang sepatutnya.

2. Bersederhana.
Bersederhana di sini maksudnya, wujudkanlah satu hari untuk "cheat day" di mana anda boleh menikmati makanan kegemaran anda ( makanan jenis yang tidak sihat ). Contohnya, Cheese cake, Pisang goreng cheese, Ice Cream dan sebagainya.

3. Gunakan Pinggan Kecil
Letakkan makanan anda sebanyak mungkin di dalam pinggan yang lebih kecil dari biasa. Otak akan menghantar signal bahawa potion makanan anda suah banyak dan sudah tentunya mengenyangkan. Padahal, anda telah mengurangkan kalori secara tidak langsung. 

4. Berbelanja Makanan Sihat.
Semasa berbelanja barang dapur, amalkan membeli makanan yang tidak di proses/ berkaleng. Contoh makanan berkaleng adalah sardin, sotong dalam tin, dan sebagainya. Hal Ini kerana kandungan sodium yang tinggi di dalam makanan berproses adalah salah satu penyumbang kegemukan pada orang asia.

5. Minum Air Lemon
Amalkan minum air lemon panas setiap hari. Ianya bukan setakat dapat mencuci perut, malah pengalaman saya sendiri ianya membantu dalam penurunan berat badan. Tapi , pastikan pengambilan nya konsisten. Bukannya minum air lemon panas bila teringat sahaja

6. Bersenam
Last but not least, bersenamlah wahai ibu. Mulakan dengan senaman yang ringan di rumah seperti membuat kerja rumah non-stop selama sejam, berzumba, menari, ataupun senaman berintensiti tinggi. Senaman berintensiti tinggi ini lah yang membantu saya menurunkan berat badan. Seluar jeans dari saiz 32, sekarang dah muat saiz 25-26! 

**Tips tambahan : Anda boleh mendapatkan jam yang boleh kira kalori burn di kedai-kedai alatan sukan seperti fitness concept / marathon shop / dll . Ianya membantu dalam anda mencapai target untuk membakar kalori sehari.



Days 6 of Ramadhan
SEMOGA BERMANFAAT!

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

1 comment:

test