Sumber Kalsium Ibu Mengandung Yang Tidak Suka Susu



Assalammualaikum.

Dah masuk hari ke 8 berpuasa.
Alhamdulillah.


Tiba-tiba teringat pengalaman pregnant dulu-dulu. Kite ni memang tak suka minum susu. Bukan setakat tak suka. Tapi memang tak boleh telan langsung. Pasti akan muntah. Risau juga sebenarnya bila tak boleh minum susu masa pregnant. Masa pregnant, kalsium ibu mengandung di dalam badan akan di serap ke dalam janin bayi. Kiranya, ibu akan supply kalsium untuk tumbesaran baby dalam perut. Dapat bayangkan tak kalau baby kita tak cukup kalsium? Antara salah satu akibatnya, gigi anak mudah rosak. 



Jadi, saya yang mase pregnant waktu itu memang tak boleh telan apa-apa makanan kecuali supplement preskripsi dari doktor. Saya ambil multivitamin dan juga supplemen kalsium tambahan sendiri .

Tapi seeloknya, cubalah untuk makan makanan fresh. Banyak sebenarnya makanan fresh yang mengandungi kuantiti kalsium.

Boleh rujuk poster di bawah :

Tapi, yang peliknya kite ni, kalau makan cococrunch/honeystar/cornflakes dalam susu, kite boleh telan! Haa..itu lah cara yang paling terakhir untuk minum susu. Tapi, mane boleh tahan kalo hari-hari nak kena beli cereal aja kan. Bukannya murah.

Kandungan Kalsium di dalam Makanan :

Susu soya : 200ml = 240mg Kalsium
Roti Wholegrain : 1 keping( 40g ) = 12 mg Kalsium
Buah Oren : 150g(2 biji) = 60mg Kalsium
Kismis : 40g = 31mg Kalsium
Brokoli : 120g = 112mg kalsium
Bijan : 15g = 22mg Kalsium
Tofu : 120 g = 126 mg Kalsium
Bayam : 1 cawan = 245mg Kalsium
Edamame : 1 cawan ( 155g ) = 98mg Kalsium


Selamat berpuasa !
Days 8th Of Ramadhan

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

2 comments:

  1. Lydia, kita dulu masa pregnant 1st baby pun xleh minum susu. Gelii tekak.. so minta tablet kalsium dari klinik. Tapi since dh kenal shaklee kita mkn ostematrix je. Paling best part x pernah dah kene sembelit time pregnant dan time pantang. Betis pun dah lamaa2 sgt2 tak cramping.. i loike!!hehe

    ReplyDelete
  2. Sama la..masa pregnant dulu smpi la skrg,susah btl nak minum susu..huhu

    ReplyDelete

test