6 Tips Asas Mencegah Morning Sickness



Loya atau muntah-muntah di alami lebih separuh daripada semua ibu-ibu mengandung. Ia secara umumnya berkaitan dengan peningkatan dalam tahap estrogen, kiraan gula darah rendah, dan kecenderungan yang lebih besar untuk beberapa bau. selain itu, loya / muntah-muntah biasanya akan berlaku pada waktu awal pagi dan akan berkurangan sedikit demi sedikit hingga lewat malam.

Morning sickness juga dikenali sebagai nausea gravidarum.


Kadang-kadang, loya atau muntah-muntah boleh jadi tidak teruk pada suatu-suatu masa tertentu. Walau bagaimanapun, ianya berbeza pada setiap ibu yang hamil. Pengalaman hamil setiap individu berbeza.



Sila lihat carta grafik di bawah bagi tips-tips untuk mengelakkan gejala morning sickness:




#Apabila kita kerap makan  ( dalam kuantiti yang kecil ), peluang untuk terkena morning sickness akan berkurangan. Jika terkena sekalipun, ianya tidaklah seteruk jika perut kita di dalam keadaan kosong ( tiada makanan ). Jika di biarkan perut kosong, kandungan asid di dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tidak di lapisi dengan makanan di dalam perut. Ini akan menyebab keadaan muntah-muntah lebih teruk sehingga boleh muntahkan muntah berwarna kuning/oren.

# Cubalah amalkan memakan biskut kering, biskut peanut butter ataupun snack berprotein selepas bangun dari tidur.



 *Potato salad ( sumber : google )
Soba noodles ( sumber : google )
#Kebiasaannya ramai ibu-ibu hamil senang untuk telan makanan sejuk-sejuk seperti ice-cream, air batu kacang, Protein shake, Mee Soba, Sushi dan sebagainya.

# Antara makanan yang cepat mengenyangkan ketika breakfast adalah pisang, oat ataupun buah-buahan sitrus. Selain itu, kentang bakar juga cepat mengenyangkan walaupun rasanya agak tawar



#Pada waktu malam pula, cuba makan makanan yang mempunyai tinggi kandungan protein seperti sup daging, salmon bakar,protein bar, etc , kerana ianya akan membantu mengawal kandungan gula dalam darah.

#Kebiasaannya, apabila ibu hamil mengalami morning sickness, tekak akan rasa untuk menolak sebarang jenis makanan / minuman. Tapi, cuba paksa diri untuk minum air secukupnya kerana apabila badan kita kekurangan air, potensi untuk muntah-muntah akan lebih teruk.

#Hyperemesis gravidarum - keadaan di mana muntah berlebihan semasa mengandung. Ini boleh membawa kepada dehidrasi dan kekurangan zat makanan. Seorang wanita dengan hyperemesis gravidarum mungkin mengalami penurunan berat badan lebih 5% kurang daripada berat sebelum dia sedang mengandung.

#Lebih kurang 1 dalam 300 wanita hamil mengalami hyperemesis gravidarum. Keadaan ini biasanya tidak berterusan selepas minggu ke-20 kehamilan. Doktor mungkin mencadangkan perubahan diet, banyak rehat dan penggunaan antasid. Dalam kes-kes yang teruk pesakit mungkin perlu menerima cecair dan pemakanan secara intravena.

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test