Tip Pemakanan Kanak-kanak Yang Tidak Boleh Minum Susu Lembu



Tidak toleransi laktosa ( Lactose Intolerance, LI) dan alergi terhadap protein susu lembu (Cow's Milk Protein Allergy, CMPA) lazim berlaku di Asia. LI terjadi apabila tubuh anak anda menghadapi kesukaran menghadap laktosa (sejenis gula yang didapati secara semulajadi dalam susu).
CMPA pula adalah reaksi imun terhadap protein yang terdapat di dalam susu lembu atau produk tenusu. Kanak-kanak yang mengalami masalah LI tetapi mengambil susu lembu atau produk tenusu mungkin mengalami perut kembung, kekejangan dan cirit-birit. Manakala , kanak-kanak dengan CMPA mungkin menunjukkan simptom seperti muntah, bengkak di mata atau bibir, ruam dan batuk.



Namun anak anda masih boleh menikmati pelbagai manisan berkrim tanpa mengalami ketidakselesaan. Berikut adalah beberapa pengganti produk tenusu yang boleh anda pertimbangkan:




Soya mengandungi protein lengkap serta berkualiti tinggi dan mengandungi pelbagai nutrien penting seperti kalsium, kalium dan asid omega=3 untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Komponen bioaktif tumbuhan atau fitonutrien (seperti isoflavon dan serat diet) juga boleh memberikan manfaat kesihatan sepanjang hayat kepada anak anda.

Berikut adalah beberapa cadangan resipi yang menggabungkan makanan berasaskan soya yang diperkaya dengan nutrien tambahan. Kesemua nutrien dalam makanan ini boleh memberi khasiat kepada kanak-kanak yang tidak boleh minum susu lembu.



lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test