Kanak-kanak mesti mempunyai pelbagai karakter kan ? Sebagai ibu bapa yang ingin mewujudkan hubungan yang bermakna dengan anak-anak, kita haruslah ambil tahu tentang karakter anak-anak.
1.
Sifat egois atau keras kepala anak sering kali membuatkan anda hilang sabar. Kerenahnya yang sentiasa mahu anda mengikuti kemahuannya dan tidak mahu mengalah memang mencabar. Apabila keinginannya tidak dipenuhi, dia akan mula buat perangai seperti tidak mahu makan, belajar atau menjerit dengan kuat.
Apa Yang Harus Anda Lakukan?
Dalam hal ini, jangna panik apabila menghadapi sikap egois ini. Tidak perlu
2.
Apa Yang Harus Anda Lakukan?
Sama seperti anak egois, menghadapi anak yang hobinya suka merajuk juga menguji kesabaran. Mungkin bagi anda, mengangguk sahaja sudah cukup, namun tidak bagi anak anda. Mereka memerlukan respon daripada anda. Anda boleh mengatakan kepadanya, "Wow, cantiknya rambut Mimi. Anak mama dah pandai sikat rambut sendiri." Perhatian dan pandangan anda akan membuat dia gembira. Bila
3.
Sifat anak pemalas biasanya adalah tidak mahu melakukan aktiviti atau tugasan yang diberikan kepadanya. Misalnya kemas tempat tidur atau mainannya. Sikapnya ini membuatkan orang lain terpaksa menanggung tugasannya.
Apa Yang Harus Anda Lakukan?
Berikan penjelasan dan contoh. Misalnya, setelah bangun tidur, tempat tidur harus dikemaskan. Ajak dia untuk turut serta melakukan kegiatan tersebut. Walaupun mungkin di rumah, ada pembantu, berikan penjelasan bahwa tidak selama-lamanya pembantu rumah akan membantu. Latih anak-anak untuk memiliki rasa tanggungjawab sejak kecil.
4.
Sifat nakal adalah perkara biasa yang dilakukan oleh anak-anak. Biasanya anak nakal cenderung aktif dan tidak takut bahaya. Selain itu, anak ini mempunyai banyak "akal" untuk melakukan pelbagai aksi. Contohnya suka berebut permainan, mengejar layang-layang, memanjat kerusi, melompat dan banyak lagi.
Apa Yang Harus Anda Lakukan?
Tidak perlu memarahi atau melarangnya bermain. Cuba pantau kegiatannya setiap hari. Usah bimbang tentang kenakalannya, asalkan tidak membahayakan orang lain. Tidak salah menegur dan memberikan penjelasan kepada anak. Yang penting bagi menghadapi anak nakal, anda jangan mudah bosan untuk menasihati dan membimbingnya agar menjadi anak yang baik dan sopan.
5.
Ciri anak pendendam adalah suka menyimpan rasa sakit hati dan berusaha membalasnya kemudian hari. "Nantilah, esok aku akan balas!" Begitulah, lazimnya kata-kata bagi mengancam lawannya. Biasanya, anak anda akan merasa puas apabila dapat membalas perbuatan orang yang menyakitinya.
Apa Yang Harus Anda Lakukan?
Yang utama, jangan biarkan sifat pendendam bersarang dalam diri anak-anak.
6.
Mendiamkan diri, tidak banyak bercakap adalah antara sebahagian ciri-ciri anak pemalu. Anak pemalu jarang sekali memulakan pembicaraan sebelum diajak berbicara oleh orang lain. Selain itu, anak pemalu juga didapati kurang bergaul dan berkomunikasi dengan lingkungan sekitarnya.
Apa Yang Harus Anda Lakukan?
Cara tepat menghadappi anak pemalu adalah melatih dirinya agar berani tampil dan berbicara di depan umum. Hal ini dapat dilakukan menerusi kegiatan di tadika seperti tarian, taekwando ataupun kelas berenang. Cara ini mendedahkan dia kepada persekitaran orang ramai. Keadaan ini akan membantu dia untuk membuat ruang lingkup pergaulannya menjadi luas. Dengan demikian, diharapkan anak anda tidak lagi mempunyai peribadi sebegini.
keperibadiannya
Apa Yang Harus Anda Lakukan?
No comments:
Post a Comment