Hati seorang ibu pastinya lembut dan mudah kalah dengan tangisan anak-anak. Bagaimanakah caranya untuk kita ajar anak supaya berdisiplin sejak dari kecil ? Kita tidak mahu anak membesar menjadi anak yang manja dan tidak mendengar kata.
Antara tip-tip yang saya dapat kongsikan dari petikan Majalah Pama,
dari Puan Hawa Rahmat ( Pensyarah Psikologi & Perkembangan Manusia ) :
Tip Pertama
Maksudnya, setiap larangan atau undang-undang atau hukuman yang dikenakan perlu dikotakan. Oleh sebab itu pastikan hukuman itu perlu realistik.
Tip Kedua
Ibu jadilah penenang ketika duka. Akan tetapi jangan menyebelahi anak ketika ayah sedang menghukumnya. anak akan jadi naik tocang. Belailah dia apabila selesai hukuman. Terangkan mengapa boleh dan tidak boleh.
Tip Ketiga : Lembut bukan bererti tidak tegas.
Tegas boleh dilakukan dalam kelembutan. Lembut dalam tegas maknanya menghuku, dan melarang sesuatu dengan tidak meninggikan suara. Kanak-kanak rasa ego juga, jadi jangan tinggikan suara di hadapan kawan-kawan atau adik-beradik yang lain.
Tip Keempat
Baik di hadapan atau di belakangnya. Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Terima seadanya.
Tip Kelima
Berikan didikan agama secukupnya.
Tip Keenam
Tip Ketujuh
Jangan sesekali berhenti doa untuk kesejahteraan anak-anak dan keluarga. Doa itu lama-kelamaan pasti akan dimakbulkan, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment