6 Cara Terbaik Cegah Ruam Lampin



Ruam lampin adalah sesuatu yang kerap berlaku pada bayi. Boleh dikatakan kebanyakan bayi pernah mengalaminya. Ia berlaku pada kulit bayi yang dibaluti lampin kerana faktor kelembapan yang tinggi, suhu yang lebih dari biasa(suam), adanya air kencing, najis(faeces) dan friksi antara kulit bayi dan lampin sehingga menyebabkan kulit bayi terluka.


"Kehadiran najis dan air kencing payi pada masa yang sama menyebabkan ruam lampin lebih senang terjadi. Kelembapan dan keadaan suam atau panas menyebabkan kuman senang membiak. Air kencing dan najis pada kulit menyebabkan terhasilnya ammonia yang menyebabkan iritasi pada kulit bayi. Bayi yang terkena cirit birit juga kerap alami ruam lampin."
-Dr Azizon Othman, Pakar perunding Kanan Patologi (Hematologi) & Ketua Jabatan Patologi, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.-

1. Bersihkan kulit bayi dan tukarkan lampin secepat mungkin selepas ia membuang air kecil atau air besar. Boleh gunakan baby wipes. Bersihkan betul-betul.

2. Basuh bahagian sulit bayi perempuan dari depan kebelakang bagi mengelakkan jangkitan kuman ke dalam vagina. Bayi lelaki perlu dibersihkan betul-betul pada bahagian sulit bayi. Tetapi tidak perlu "menarik kulit" pada kulit kemaluannya.

3. Biarkan kulit bayi kering dahulu. Boleh juga biarkan kulit bayi sekejap tanpa lampin.

4. Sapu krim lampin pada kulit bayi di ruang lampin. Perlu memastikan kulit bayi kering . Krim ini dapat elakkan kulit bayi dari terkena air kencing dan najis bayi. Jga dapat elak kulit bayi yang lembut daripada bergesel dengan lampin biasa dan menyebabkan kelukaan. Krim yang baik adalah yang ada kandungan Zinc Oxide.

5. Boleh gunakan "disposable nappy liner"

6. Lampin perlu ditukar sebaik sahaja bayi kencing atau buang air besar. Bayi kecil biasanya disalin lampin 10 atau 12 kali sehari ( dalam 2 jam sekali ). Bayi lebih besar, boleh tukar lampin enam hingga 8 kali sehari. Ia juga bergantung pada kapasiti lampin pakai buang boleh menyerap air kencing.


sumber : mingguanwanita

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test