6 Info Kudis Buta Di Kalangan Bayi dan Kanak-kanak




Kudis buta atau scabbies antara penyakit kulit yang sering di alami bayi dan kanak-kanak di tadika atau pusat penjagaan. Ia juga mudah terjangkit di dalam keluarga. Jangkitan hama penyebab kudis ini boleh berlaku menerusi sentuhan dan perkongsian bilik, tempat tidur dan pakaian , tilam, selimut , selipar dan lain-lain.

Berikut adalah info mengenai penyakit kulit ini :
1) Ia selalu menjangkiti bahagian bawah paras leher hingga ke tapak kaki termasuk celah jari, kaki, bawah lengan, bahagian genital dan punggung

2) Tubuh manusia menjadi perumah sehingga hama tersebut mati dalam masa 3-4 hari. Si manja yang kerap bersentuhan dan berkongsi pakaian dan tempat tidur menyebabkan hama ini terus berpindah -randah dan membiak dari seorang kepada orang lain.

3) Cara mudah menghapuskan hama ini ialah dengan sapuan krim yang dibekalkan oleh doktor.

4) Krim ini adalah beracun dan perlu di elakkan daripada di masukkan ke dalam mulut oleh si manja.

5) Hama akan mati di dalam masa 24 jam dan jangkitan kudis buta akan mula surut dan reda. Amalan kebersihan boleh mengelakkan kudis buta daripada merebak.

6) Basuh pakaian, tilam, selimut, selipar dan lain-lain kelengkapan si manja dengan cecair pembasmi kuman untuk mengelakkan jangkitan merebak atau berulang.



Petua :

Untuk merawat kudis buta, ambil sebiji buah pinang dan buang kulitnya. Tumbukisi buah pinang hingga lumat dan kemudian campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Lumurkan bahan tadi pada kudis buta. Lakukan selalu. Lama kelamaan kudis buta akan menjadi kering dan pudar.
sumber : Pama

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test