5 Soalan Tentang Penyusuan Yang Mencabar
Tahniah, jika anda telah berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu selama dua tahun seperti yang disarankan dalam Islam. Bagaimanapun selepas tempoh dua tahun, ada kanak-kanak yang masih lagi menyusu susu ibu. Tidak mengapa. Amalam tersebut selamat untuk diteruskan selagi anak mahuu menyusu. Bagaimanapun lumrah hidup bermasyarakat, tentu ada sahaja pertanyaan dan pandangan sinikal daripada masyarakt tentang anak yang sudah besar tetapi masih menyusu susu ibu.
Sebelum itu, ketahuilah bahawa proses menceraikan si manja dengan susu ibu perlu dilakukan secara semula jadi dan bukan dengan paksaan. Jangan lakukan secara mengejut seperti meletakkan sesuatu pada payu dara ibu seperti asam jawa, kopi, sos dan sebagainya serta menakutkan si kecil tentang hal tersebut. Bahkan ada ibu yang sanggup 'menipu' anak dengan menyatakan susu sudah basi dalam usahanya untuk membuatkan anak berhenti menyusu. Proses bercerai susu seperti ini boleh menggugat emosi anak, malah ibu sendiri. Ketahuilah bahawa proses anak berpisah susu dengan ibu adalah fitrah dan akan berlaku apabila tiba masanya kelak.
Dalam pada itu, anda tentu biasa berhadapan dengan beberapa soalan cepu emas berikut:
1. "Hah, anak masih menyusu lagi?"
Jawapannya: Jangan cepat melatah! Anggap ia sebagai pujian. Ucapkan Alhamdulillah sambil mengatakan syukur kerana anak masih lagi mahu susu ibu yang memberikan perlindungan imunisasi dan zat yang optimum. Bahkan tekankan penyusuan juga membantu diri anda terhindar daripada penyakit barah payu dara dan serviks.
2. "Eh, anak tak makan ke?"
Jawapannya: Penyusuan susu ibu secara eksklusif adalah untuk tempoh enam bulan pertama sahaja. Selepas usia bayi genap 180 hari,dia akan mula mengambil makanan pejal. Jadi, susu ibu hanyalah sebagai pelengkap dan bukan lagi makanan utamanya. Anggaplah orang yang bertanya ini tidak ada maklumat tentang penyusuan susu ibu. Sekurang-kurangnya penerangan anda membuka mindanya tentang ilmu penyusuan susu ibu.
3. "Anak tak gigit ke? Gigi dia kan dah banyak."
Jawapannya: Beritahunya bahawa sepanjang penyusuan, gigi bayi tidak akan terkena pada payu dara. Lekapan yang baik akan memberikan keselesaan dan ketenangan. Malah, penyusuan susu ibu membantu bayi memperoleh gigi yang cantik kerana aktiviti menghisap susu daripada payu dara membantu pembentukan gigi yang akan tumbuh.
4. "Anak kan dah besar, perlu menyusu lagi ke?"
Jawapannya: Penyusuan susu ibu memberi ketenangan setiap kali anak anda sedih. Manakala anda pula berbesar hati membekalkan susu yang terbaik untuk perkembangan usianya. Amalan melanjutkan tempoh penyusuan susu ibu memberikan suatu ruang yang cukup selesa untuk anak bertenang dan belajar berdikari. Yakinlah, anak yang cukup pengisian emosinya semasa dua tahun pertama lebih tenang dan mudah dikawal.
5. "Bila nak berhenti menyusu?"
Jawapannya: Beritahu kepada yang bertanya bahawa doktor anda meminta anda melanjutkan penyusuan susu ibu kerana terdapat banyak kebaikan dan zat di dalam susu ibu. Katakan anda sekeluarga gembira dengan proses ini dan ia langsung tidak mengganggu aktiviti seharian anda.
test
IKLAN
About Me
Sumbangan Idea
Jika ada sebarang idea tentang artikel untuk saya kupaskan, boleh lah WhatsApp terus di :
013-2999408 ( Lydia ) .
Insya Allah saya akan menyediakan info yang terbaik.
Total Pageviews
Copyright of Fitmummyforlife. Powered by Blogger.
No comments:
Post a Comment