Bayi Songsang, Bolehkah Bersalin Normal?


Kedudukan bayi normal di dalam rahim adalah apabila kepalanya di bawah dan kakinya di atas. Sekiranya kandungan masih awal, atau di bawah 34 minggu, kedudukan bayi adalah tidak menentu. Keadaan ini tidak perlu dirisaukan kerana pada masa ini bayi masih ringan dan bebas bergerak di dalam rahim ibu. Namun sekiranya masih lagi songsang biarpun melebihi 34 minggu, ia perlu diberi perhatian.

Hal ini kerana tubuh janin dan beratnya semakin membesar dan bertambah. Sudah pasti akan menyukarkan bayi untuk mengubah kedudukannya dan mungkin akan terus kekal sehingga waktu melahirkan.

Terdapat 3 jenis Songsang yang danda perlu tahu. Pada minggu ke-34 kehamilan, doktor akan mengambil darah ibu untuk mengetahui apakah kedudukan janin sudah berada dalam keadaan normal atau sebaliknya. Jika masih songsang, pemeriksaan ultra sonografi(USG) akan dilakukan

Jenis-jenis Posisi Janin Songsang

Incomplete Breech atau songsang tidak sempurna
-Sebelah kaki janin berada di atas dan kaki sebelahnya berada di bawah.

Complete Breech atau songsang sempurna.
- Punggung janin berada di atas pitu rahim sementara dua kaki terlipat sempurna, menghadap ataas sejajar dengan telinga. Sekali pandang kelihatan seperti membongkok.

Frank Breech
-Punggung janin berada di bawah, 2 kali berada di atas hampir menyentuh telinga. Posisi hampir sama paras dengan bahu atau kepala. Kira-kira 65-70% janin songsang adalah daripada posisi Frank Breech.

Gerakan ubah Kedudukan
Sebelum menempuh hari kelahiran, doktor akan melakukan pemeriksaan terhadap wanita hamil. Jika janin songsang, wanita hamil disarankan untuk melakukan gerakan-gerakan tertentu.

Antaranya:
1. Sujud (Knee-chese) sebanyak 5 kali sehari selama 15 minit.

2. Baring terlentang dan menahan perut dengan bantal. Kemudian mengiringkan badan ke kiri lalu ke kanan. Lakukan gerakan ini selama 10-1 minit sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Tetapi sekiranya dalam tempoh ini kedudukan janin masih tidak normal, doktor akan melakukan tindakan memusingkan janin. Keadaan ini di namakan External Cephalic Version (ECV) atau memusingkan janin dari luar tubuh ibu.

3. Tidur atau baring dalam posisi mengiring ke kiri jika badan bayi dalam posisi rebah ke kanan dan sebaliknya. 


5. Lakukan posisi seperti merangkak. Jangan merangkak ke depan dan lakukan dalam dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan, baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: “maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah.” 

6. Ambil segelas air kosong,lalu bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dah dibacakan dengan surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w. Lebihan air bolehlah diminum. Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama. 

7. Amalkan juga membaca surah Al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan proses kelahiran anak yang kita kandungkan. 

8. Letak pek ais di atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kat kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah. 

9. Cuba bermain dengan touch light. Ambil touch light dan suluh kat bawah pusat. Tujuannya supaya bayi bergerak ke arah cahaya. 

10. Rajin-rajin bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk di kedudukan yg betul. 


Terapi ECV tidak boleh di lakukan pada semua janin terutama janin yang mengalami keadaan seperti:
1. Pendarahan dari vagina
2. Jumlah air ketuban yang sikit
3. Plasenta berada atau dekat dengan dengan pintu rahim.
4. Degupan jantung janin tidak normal.
5. Janin tidak berkembang dengan sempurna iaitu ukuran lebih kecil daripada berat badan ideal.
6. Kehamilan kembar
Sekiranya proses ini menemui kegagalan, janin akan dilahirkan melalui proses pembedahan atau caesarean.


sumber :
1. Majalah Pama
2. http://www.healthyvitagarden.com/ketahui-risiko-kandungan-songsang-breech-dan-tips-mengatasinya/

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test