7 Penyebab Kolestrol Tinggi



Tubuh memerlukan kolestrol. Tetapi jika terlalu banyak kolestrol tidak elok, ia akan menyesakkan arteri. Kolestrol dihasilkan secara semulajadi oleh hati, dan juga memakan makanan tertentu seperti telur dan daging merah. Malah terlalu banyak kolestrol jahat atau kolestrol LDL meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, dan masalah-masalah lain.

Tahap kolestrol seharusnya diukur sekurang-kurangnya sekali setiap 5 tahun bagi setiap orang yang berusia melebihi 20 tahun. Ujian pengesanan yang biasanya dilakukan adalah UJIAN DARAH yang dikenali sebagai PROFIL LIPID. Pakar mencadangkan agar lelaki berusia 35 tahun dan ke atas, dan wanita berusia 45 tahun dan ke atas lebih kerap mengesan masalah lipid.

Profil Lipid Termasuklah :
1. Kolestrol keseluruhan
2. LDL ( Kolestrol Lipoprotein ketumpatan rendah atau kolestrol jahat )
3. HDL ( Kolestrol lipoprotein ketumpatan tinggi atau kolestrol baik ).
4. Trigliserid (lemak-lemak yang di bawa di dalam darah daripada makanan yang di makan. Kalori, alkohol atau gula berlebihan dalam tubuh di tukarkan kepada trigliserid dan disimpan dalam sel-sel lemak di seluruh tubuh)


Penyebab Kolestrol Tinggi

1) Pemakanan
Terlalu banyak makan lemak tepu boleh menyebabkan kolestrol tinggi. Anda boleh menjumpai lemak tidak sihat dalam makanan yang didapati daripada haiwan. Daging lembu, daging anak lembu, susu, telur, mentega dan keju mengandungi lemak tepu. Makanan diproses yang mengandungi minyak kelapa, minyak kelapa sawit , atau mentega koko memiliki banyak lemak tepu. 

2) Berat Badan
Apabila berat badan anda berlebihan ia boleh meningkatkan trigliserid dan mengurangkan HDL atau kolestrol baik.

3) Tahap Aktiviti
Kekurangan aktiviti fizikal boleh meningkatkan LDL atau kolestrol jahat, dan mengurangkan HDL atau kolestrol baik.

4) Usia dan Jantina
Selepas anda mencapai usia 20 tahun, tahap kolestrol semulajadinya mula meningkat. Bagi lelaki, tahap kolestrol biasanya berkurangan selepas usia 50 tahun. Bagi wanita, tahap kolestrol akan kekal rendah sehinggalah menopaus.

5) Kesihatan keseluruhan
Jika boleh, jangan mengabaikan pemeriksaan fizikal tahunan. Pastikan doktor  anda menerangkan mengenai risiko penyakit jantung. Mengalami penyakit tertentu seperti diabetes atau hipotiroidism boleh menyebabkan kolestrol tinggi. 

6) Sejarah Keluarga
Jika ada ahli keluarga memiliki kolestrol tinggi , berkemungkinan besar anda juga akan mewarisinya.

7) Merokok
Merokok  boleh merendahkan kolestrol baik. Ia juga boleh membunuh anda. Jadi apa salahnya anda BERHENTI MEROKOK.




lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test