Dalam Islam, sedangkan ketika sakit pun kita diwajibkan solat, inikan pula dalam kapal terbang.
Jom kita tengok teknik mudah mengambil wuduk dalam kapal terbang berdasarkan hadis Abdullah Ibn Abbas yang pernah menunjukkan kepada sahabatnya bagaimana Rasulullah berwuduk:
1.Tak Payah Lafaz Niat
Abdullah Ibn Abbas tidak memulakannya dengan niat. Ini menunjukkan wuduk atau ibadah lain tidak perlu dimulakan dengan lafaz niat samada dalam bahasa Arab atau Melayu. Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati hamba-hamba-Nya. Niat ialah gerakan hati untuk membuat sesuatu dan Allah mengetahui gerakan hati tersebut tanpa perlu dilafazkan.
2. Tak Perlu Air Musta'mal
Air Musta'mal ialah air yang sudah digunakan lalu tidak suci untuk digunakan semula. Ketika dalam kapal terbang, tidak perlu memberatkan kaedah wuduk dengan konsep air Musta'mal ini. Jika disemak cara Rasulullah berwuduk seperti yang ditunjukkan oleh Abdullah ibn Abbas, jelas tidak ada air Musta'mal. Beliau hanya mencedok air dengan sebelah tangan untuk membasuh anggota-anggota wuduk. Malah, jika disemak hadis-hadis lain yang menerangkan cara wuduk Rasulullah dan para sahabat baginda, memang tidak ada air Musta'mal.
3. Guna Sedikit Sahaja Air
Mengikut point di atas, kita dapati bagaimana baginda Rasulullah berwuduk dengan kuantiti air yang sedikit. Perkara ini memang logik sebabnya kalau kita perhatikan cara majoriti wuduk umat Islam sekarang yang berwuduk dengan air paip yang mencurah-curah, sedangkan bukaan paip dengan air yang halus saja sudah mencukupi. Pengalaman lebih 20 tahun sebagai juruterbang, saya mendapati ada umat Islam yang wuduk dalam tandas kapal terbang dengan air yang terlalu banyak sehingga lantai tandas menjadi kotor dan basah. Ini memberikan gambaran buruk tentang Islam kepada orang lain yang menggunakan tandas tersebut selepas itu.
4. Menyapu di Atas Kasut (Tidak Perlu Buka)
Untuk wuduk normal, memang perlu membasuh kedua-kedua kaki. Tetapi jika dalam kapal terbang, memadai dengan menyapu di atas kasut dengan tangan atau tisu yang dilempabkan dengan air. (Sapu di atas sahaja, bukan bawah, tepi atau belakang). Jenis kasut pula tidak kisah samada kasut kulit atau kasut dengan fabrik kain. Senang cerita, tidak ada jenis kasut-kasut tertentu. Ini adalah satu kemudahan (rukhsah) daripada Allah.
5. Tidak Semestinya Tiga Kali Basuhan
Abdullah bin Zaid dan Abu Hurairah RA menjelaskan Nabi S.A.W berwuduk dua kali-dua kali, bahkan pernah juga sekali-sekali. Tentang Nabi mengambil wuduk sekali-sekali ini pernah diterangkan dalam hadis Shahih al-Bukhari, no: 154/158 & Shahih Sunan Abu Daud, no: 117/136.
Ruangan tulisan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Juruterbang, Pendakwah Bebas dan Penulis Buku Agama.
No comments:
Post a Comment