7 Tip Memperkenalkan Makanan Pepejal Kepada Bayi




1. Semasa mengenalkan makanan pepejal kepada bayi

- Jangan beri lebih dari 1 jenis makanan dalam hari yang sama.
- Tempoh perkenalkan makanan baru adalah 4 hingga 5 hari sebelum memperkenalkan makanan lain kepada bayi. Ianya bagi memastikan supaya bayi anda tiada alergi terhadap sesuatu makanan.




2. Semasa memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi

- Mulakan dengan 1 sudu teh dan boleh perlahan-lahan tambahkan dari masa ke semasa.
- Jangan campurkan lebih dari 1 jenis makanan kepada bayi anda. Contoh blend kentang dan carrot sekaligus




3. Nak mulakan dengan makanan apa?

- Mulakan dengan bijirin nasi yang perlu di bancuh dengan air dahulu.
- Diikuti dengan sayur dan buah-buahan yang di masak dan lenyek.
- Pastikan makanan di masak dan tekstur lembut.




4. Tip menyediakan makanan pepejal kepada bayi anda

- Jangan tambahkan garam, gula atau apa-apa perisa di dalam makanan.



5. Apa yang tidak boleh diberikan kepada bayi anda

- Elakkan makanan berkaleng yang mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi.
- Susu lembu, telur yang tidak di masak dan madu perlu dielakkan untuk bayi berumur kurang dari setahun.
- Jangan beri terlalu banyak jus buah dari  minuman kotak.
- Jangan beri makanan bergoreng atau makanan ringan. Elakkan makanan berproses.




6. Diet bayi yang dicadangkan

- Apabila usia bayi mencecah setahun, cuba ajar anak anda minum menggunakan cawan
- Jangan biarkan anak anda tidur dengan botol susu melekat di mulutnya.
- Ajarkan anak anda belajar minum dan makan sambil duduk, bukan berdiri.
-Jangan paksa anak makan jika anak anda tidak lapar.




7. Makanan yang perlu di elakkan

- Makanan ringan
- Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
- Makanan keraas dan sayur mentah, anggur atau  mentega kacang (peanut butter)






lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test