Gula adalah satu bentuk karbohidrat yang perlu ada untuk badan menghasilkan tenaga. Evolusi makanan banyak manisan, menyebabkan secara tak laangsung kita banyak mengambilnya. Gula yang berlebihan di dalam badan itulah yang menyebabkan kegemukan, masalah jantung, gusi, hati dan penyumbang kepada penuaan.
Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.
" Salah satu sebab kenapa ibu-ibu selepas bersalin SUKAR menurunkan berat badan adalah apabila mereka kerap mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti biskut, roti putih, roti berinti, minuman manis dan sebagainya. "
Memang benar menyusukan bayi boleh menurunkan berat badan ibu, tetapi jika pemakanan yang tidak di jaga dan pengambilan gula secara berlebihan sudah tentu sukar untuk menurunkan berat badan post-pregnancy . Malah makin naik, adalah! Jadi, adalah tidak benar jika anda memberi sebab anda tidak dapat menurunkan berat badan sebab menyusukan anak, walhal sebenarnya corak pemakanan anda sendiri yang tidak terkawal.
1 sudu gula teh = 20Kcal
7 sudu gula teh = 140Kcal
140Kcal ( x BAKAR ) = 20g LEMAK
140Kcal ( x BAKAR ) SEBULAN = 600g LEMAK
140Kcal ( x BAKAR ) SETAHUN = 7.2 LEMAK
140KCal =
Berjalan kaki menaiki bukit = 20 minit
sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/umum/fakta-mengenai-gula
No comments:
Post a Comment