Stimulasi adalah cara efektif untuk merangsang kecerdasan minda anak. Hal demikian kerana otak manusia terdiri daripada jutaan saraf. Apabila berlakunya stimulasi, maka berlakulah hubungan antara saraf-saraf tersebut hingga otak boleh berkembang dengan lebih pesat. Usia satu hari hingga 3 tahun adalah masa yang paling efektif untuk memaksimumkan stimulasi kepada si kecil. Jadi, ayuh ayah dan ibu, manfaatkan masa ini sebaik-baiknya!
Ketika ini , sentuhan adalah rangsangan yang dekat kepada si kecil . Ia boleh menzahirkan rasa tenang, aman dan menyenangkan. Antara perlakuan yang boleh di lakukan adalah dengan memeluk, menggendong, menatap mata, berbicara dan mengajaknya senyum. Selain daripada itu, gantungkan mainan yang mempunyai warna-warna yang menarik dan juga mengeluarkan bunyi-bunyian.
Rangsang anak anda untuk menggerakkan tubuh badannya. Ajar dia cara untuk meniarap, menelentang, guling ke kiri dan kanan serta duduk. anda juga boleh menambahkan stimulasinya dengan dengan meraih dan memegang mainan agar pergerakan jari jemarinya berlaku.
Detik ini, anda sudah boleh meningkatkan stimulasi dengan melatih tangan anak bersalaman, melambai, dudu dan berdiri sambil berpimpin tangan. Saat ini, anda juga sudah boleh memulakan membiasakan diri dengan membacakan cerita kanak-kanak kepada si cilik sebelum dia terlelap tidur.
Inilah masanya untuk merangsang percakapan si kecil. Mulailah mengajar bayi untuk memanggil mama, papa , ibu-ayah atau kakak/adik. Anda juga sudah boleh melatih dia untuk berdiri, minum daripada gelas dan bermain beraneka bentuk.
Ajak si kecil bermain bersama menyusun bongkah dan potongan gambar. Ajar juga dia cara menggunakan peralatan makan dan memegang pensel dan biarkan dia menconteng-conteng di atas kertas. Pada masa yang sama lanjutkan stimulasi dengan melatihnya berjalan tanpa bantuan, memanjat tangga, menendang bola, membuka seluar, memahami dan melaksanakan arahan sederhana dan menyebut nama sendiri.
Pada usia ini, ragsang si kecil dengan memintanya menyebut dan menunjukkan bahagian tubuh badan seperti mata, hidung, kepala,mulut, telinga. Minta juga dia menyebut nama-nama binatang, gambar atau benda-benda yang ada di sekitar rumah.
Cubalah membiasakan si kecil berbicara mengenai kegiatan seharian seperti makan, minum, mandi, main dan sebagainya. Latih juga dia mencuci tangan, memakai pakaian , membaling bola dan melompat.
Ini merupakan masa untuk anda mengajar buah hati untuk mengenal warna , menghitung benda, menggunakan kata sifat berlawanan seperti besar-kecil,panas-sejuk, tinggi-rendah dan ebagainya. Latih juga dia menggosok gigi, membuang air kecil dan besar di tandas.
Stimulasi yang anda boleh berikan kepada si kecil ketika ini ialah melihat kepada perkembangan kemampuan dia untuk ke sekolah dan berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Selain perkara asas seperti menulis, mengenal huruf dan angka, ajari juga si kecil cara untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Hal ini penting agar dia mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru serta dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan di sekolah.
Otak anak berkembang pesat dari 0-6 tahun. Waktu ni elok sangat ibubapa mainkan peranan untuk ransang perkembangan otak anak-anak.
ReplyDelete