Kalau nak nampak cantik biar selari dalam dan luar. Tambah pula bagi wanita yang sudah mempunyai anak. Semua perlu dijaga, dari pemakanan, rawatan kulit, rambut, pengambilan vitamin tambahan, dan paling penting amalan petua untuk kesihatan untuk jangka masa panjang. Jadi untuk terus menjaga bab dalaman, anda perlu tahu begitu luar biasanya khasiat beberapa minuman ini, jom cuba!
1. Kunyit Bantu Kecutkan Rahim
Bahan-bahan:
2
½
2 batang serai
½
½
Sedikit garam
Air
Cara
1. Kisar semua bahan ini sehingga hancur.
2. Masak dengan air selama 40 minit hingga 1 jam.
3. Minum segelas kecil sehari.
Khasiat:
Sesuai diamalkan untuk ibu selepas melahirkan anak kerana ia membantu mengecutakan rahim di samping membanyakkan susu.
Kunyit juga bagus untuk masalah kulit.
2. Halia Buang Angin Dalam Badan
Bahan-bahan:
2 ketul halia} dihiris nipis atau diketuk
2 uncang teh
Gula perang secukup rasa
Air
Cara
1. Rendam teh dalam satu jag air panas sehingga kembang.
2. Masukkan halia diikuti dengan gula perang. Kacau sehingga sebati.
3. Boleh diminum dua gelas kecil sehari.
Khasiat:
Membuang angin dalam badan, membantu menghilangkan stres dan membuatkan anda lebih relaks.
3.
Bahan-bahan:
5 biji kurma
1 gelas susu segar
1 sudu madu
Cara
1. Kisar semua bahan ini sehingga kurma hancur.
2. Minum sehari sekali, sangat elok diamalkan ketika perut kosong.
Khasiat:
Membuatkan badan cergas dan menaikkan seri wajah. Ia juga membanyakkan susu di samping melembapkan kulit.
4. Delima Bantu Kurangkan Kolestrol
Bahan-bahan:
½ sudu teh jus delima
1 sudu besar madu
1 gelas air suam
Cara
1. Kacau semua bahan ini sehingga sebati.
Khasiat:
Delima dikatakan sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Ia juga membekalkan vitamin yang membantu kulit agar tampak lebih berseri serta cerah.
5. Gabungan Herba Pulihkan Bahagian Intim
Bahan-bahan:
1 ulas bawang putih} ditumbuk
7 biji
1 inci
2
1 sudu besar madu
1 biji telur ayam kampung
Cara
1. Pecahkan telur di dalam cawan.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
3. Kemudian, masukkan
4. Minum segelas sehari selama tiga hari berturut-turut terutama untuk ibu selepas melahirkan cahaya mata.
Khasiat:
Memanaskan badan, memberi tenaga dan memulihkan kecantikan serta kesihatan dalaman wanita.
No comments:
Post a Comment