Kenapa Morning Sickness Berlaku Sewaktu Hamil ?


Anggaran lebih kurang 90% wanita yang mengandung akan mengalami morning sickness atau loya-loya dan muntah-muntah. Manakala peratus selebihnya wanita hamil tidak mengalami morning sickness ataupun encik suami yang akan mengalaminya. Hehehe..

Tiada sesiapa yang tahu punca sebenar keadaan ini berlaku semasa kehamilan. Walaubagaimanapun ia berkemungkinan disebabkan oleh beberapa perubahan fisiologi tubuh si ibu untuk persediaan menghadapi fasa-fasa kehamilan. 


Antara perubahan tersebut ialah:


        HCG (Human Chorionic Gonadotropin)Merupakan sejenis hormon yang meningkat dengan tinggi dan cepat semasa awal kehamilan. Bagaimana hCG menyumbang kepada mabuk mengandung tidak diketahui, namun, ia dikatakan berkaitan kerana didapati mabuk yang teruk berlaku sekitar terjadinya peningkatan hCG. Bagi ibu yang membawa kehamilan kembar atau lebih dari satu, hCG didapati lebih tinggi dan "morning sickness" yang lebih teruk.



         Juga sejenis hormon yang menjadi suspek penyebab mabuk. Meningkat pada aras yang tinggi semasa awal kehamilan menyebabkan kesensitifan terhadap bau dan aroma. Ada kes ibu yang mengalami keadaan ini, tapi rasanya jarang berlaku.



          Sesetengah kajian menunjukkan trek gastrointestinal si ibu menjadi lebih sensitif semasa di awal kehamilan. Ada sesetengah wanita hamil kata, mereka sukar membuang air besar berbanding sebelum kehamilan. Ada juga yang mengatakan sebaliknya. 



        Terdapat kajian yang menyatakan ada sesetengah wanita yang memang dilahirkan secara psikologikalnya untuk mengalami mabuk mengandung ketika kehamilan. Ini adalah sebagai respon tekanan terhadap perubaha  tubuh. Latar belakang keluarga ketika hamil bagi ibu-ibu dalam keluarga wanita tersebut juga dikatakan memainkan peranan. Tapi, tiada bukti kukuh untuk menyokong teori ini. Apa yang pasti, semakin teruk mabuk so ibu, semakin tertekanlah si ibu. Malah, si bapa juga akan tertekan melihatkan insan tersayangnya sakit. 


Namun, pengalaman setiap wanita hamil itu berbeza-beza. Pengalaman diri sendiri mengandung anak pertama, saya tak boleh bau tumis dan tak boleh makan masakan melayu. Boleh makan masakan yang takde bau contoh, sandwich, steak, chicken chop dan western. Eh! Gitu pulak. Semasa mengandung anak kedua pun lebih kurang tapi lebih teruk. Tak boleh makan ! Apa yang dimakan, mesti akan keluar semula sehinggakan 2 kali masuk wad akibat gastrik teruk. 



sumber
1. http://www.cintaungubiru.com/2013/10/kenapa-sickness-atau-mabuk-mengandung.html
2. http://www.todaysparent.com/pregnancy/being-pregnant/the-facts-of-morning-sickness/

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test