Tulang belakang kita terdiri dari 26 tulang (vertebra ) yang ditampung oleh cakera . Cakera atau disc ini melindungi tulang dengan menyerap kejutan atau hentakan daripada aktiviti harian kita seperti berjalan, mengangkat, dan berpusing . Dalam kata mudah, ianya seperti kusyen yang menyerap hentakan dan mengelakkan dari kecederaan.
Setiap cakera mempunyai dua bahagian iaitu, bahagian dalaman yang lembut seperti agar-agar dan bahagian luar yang keras. Kecederaan atau cakera yang lemah boleh menyebabkan bahagian dalaman cakera itu terbonjol keluar.
APAKAH PUNCA TERJADINYA ‘SLIPPED DISC’?
- ‘Slipped disc’ boleh terjadi apabila bahagian luar cakera menjadi lemah atau koyak dan menyebabkan bahagian dalam menyelinap keluar.
- Lazimnya semakin umur seseorang meningkat, risiko untuk terjadinya ‘slipped disc’ ini lebih tinggi.
- Pergerakan tertentu juga boleh menyebabkan ‘slipped disc’ contohnya ketika sedang berpusing atau ketika mengangkat dan mengalihkan objek berat. Apabila kita mengangkat objek berat dan besar, kita meletakkan satu tekanan atau beban pada tulang belakang kita dan ini boleh menyebabkan kecederaan.
- Mereka yang sering terlibat dengan aktiviti lasak atau mempunyai pekerjaan yang sangat mencabar kekuatan fizikal juga mungkin berisiko tinggi untuk mendapat ‘slipped disc’. Individu yang berlebihan berat badan juga berisiko tinggi kerana terpaksa membawa berat tambahan. Otot-otot yang lemah dan gaya hidup yang tidak aktif juga menyumbang kepada ‘slipped disc’ ini.
- Mereka yang berusia 35 hingga 45 tahun lebih cenderung untuk mengalami masalah ini kerana cakera akan mula kehilangan kandungan air atau bendalir pelindung seiring dengan peningkatan usia.
APAKAH SIMPTOM ‘SLIPPED DICS’?
- kesakitan dan kebas, paling biasa pada satu bahagian badan
yangkesakitan meliputi lengan /dan atau kaki - kesakitan yang lebih teruk pada waktu malam
- sakit yang bertambah teruk selepas berdiri atau duduk
- sakit apabila berjalan jarak dekat
otot yang tidak dapat dijelaskankelemahan - kesemutan (semut-semut orang kita panggil), sakit , atau radang di kawasan yang terjejas.
Untuk mengurangkan sakitUntuk menguatkan ototbelakang dan abdominal- Untuk mengekalkan julat pergerakan badan
- Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan
- Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit
CARA MENCEGAH ‘SLIPPED DICS’
Berikut adalah perkara yang boleh diamalkan untuk mencegah kecederaan tulang belakang:
- Senaman yang kerap boleh meningkatkan kekuatan otot.
- Senaman tulang belakang dibahagian yang lebih rendah terutamanya adalah penting untuk mengelakkan kecederaan berulang kembali .
- Gunakan teknik yang betul semasa melakukan senaman berat dan kerja berat, termasuk mengangkat dan mengalihkan barang.
- Elakkan mengangkat berat sambil berbongkok dan berpusing secara serentak.
- Penggunaan pendakap tulang belakang atau korset semasa mengangkat berat adalah dinasihatkan.Ini penting bagi memastikan tubuh dan tulang belakang kita berada dalam posisi yang betul semasa mengangkat barang. Pastikan postur badan sentiasa dalam keadaan yang betul.
1- Aktiviti apa yang menyebabkan bahagian sakit itu muncul.
2- Ubat yang pernah
- MRI
- X-ray
- CT-scan
-
CARA RA
- Raw
atan Th ermal – bert ujuan untuk mengurangkan sakit - Steroid – suntikan steroid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan untuk kesakitan biasa
- Fisioterapi – Kaedah senaman yang dijalankan bersama pakar untuk menguatkan otot temasuklah menggunakan tuala panas pada bahagian yang sakit.
- Pembedahan – Langkah terakhir di mana disc yang terkeluar akan dikikis.Untuk kes yang serius,Kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang.
1. http://www.healthline.com/health/herniated-disk#Outlook8
2. http://adaa-inspiration.com/2015/01/11/slip-disc-dan-cara-menanganinya/
No comments:
Post a Comment