7 Tip Bayi Tidur Lena



Kehadiran si kecil ada waktunya membuatkan anda tidak dapat tidur dengan lena seperti sebelum ini. Ini kerana bayi sering kali meragam pada waktu malam ketika anda sedang lena dibuai mimpi. Mahu atau tidak, anda terpaksa bangun di tengah malam biarpun keletihan.

Bagi mengelakkan hal ini berlaku, anda boleh mengikuti beberapa tip yang disarankan oleh beberapa pakar bagi membantu si kecil tidur lebih lena tanpa sebarang gangguan.


sumber : google

1. Urutan Tubuh
Urut bayi anda dengan urutan asas. Anda boleh lakukan di seluruh bahagian tubuhnya dengan mengurut lembut selepas selesai mandi pagi, atau petang. Ia mampu membuatkan bayi anda tidur dengan lebih lena lagi. Ia juga merupakan terapi sihat bagi membantu si kecil tidur lena. Jangan si kecil, kita yang dewasa pun berasa lebih nyaman untuk tidur selepas mandi!



2. Dodoi Bayi Dengan Lembut
Dodoi bayi anda ketika dalam dakapan. Sesetengah bayi lebih selesa bila didukung pada bahu. Bayi akan berasa selamat untuk seketika waktu. Usap lembut bayi anda dan dodoikan secara berirama supaya bayi anda berasa leka dan ngantuk.



3. Tepuk Manja
Tepuk si manja agar berasa lebih lega dan disayangi. Tepuklah punggung bayi anda secara perlahan-lahan dengan lembut secara berirama. Tapi ingat, apabila bayi anda telah tidur, berhenti menepuk si manja segera kerana ia mungkin akan mengejutkannya kembali.



4. Balutan(Bedung)
Apabila bayi anda sudah tidur lena,ambillah waktu tersebut untuk membalut atau membedung bayi anda dengan selimut nipis. Pastikan balutan tersebut tidak terlalu kuat dan ketat. Dengan cara ini akan membuat bayi anda tidur dalam keadaan selamat dan selesa. Ia juga dapat membantunya tidur dalam keadaan selamat dan selesa. Ia juga dapat membantunya tidur dengan lebih lama lagi tanpa sebarang gangguan ataupun tersentak dari tidurnya.



5. Tetapkan Waktu Tidur
Biarkan si manja anda tidur pada satu-satu masa yang ditetapkan pada waktu siang dan malam. Bayi anda akan mudah merasa ngantuk dengan sendirinya jika waktu tidurnya sudah tiba.



6. Pencahayaan
Seperti mana orang dewasa, bayi juga perlu tidur dalam suasana cahaya gelap ataupun suram. Cahaya terang bermakna hari siang dan waktu untuk berjaga. Biasakan bayi anda dengan cahaya suram sebagai tanda waktu tidur dan cahaya terang waktu bermain atau berjaga. Cara ini memudahkan bayi anda tidur lena.


7. Beri Bayi Susu Secukupnya.
Bayi perlu minum susu secukupnya. ini kerana bayi akan tidur dengan lena apabila kekenyangan. Ia juga dapat mengelakkan bayi daripada kerap terjaga ketika tidur kerapa kelaparan. Jadi sebelum waktu tidur, pastikan si kecil diberi makan dan minum susu terlebih dahulu. Dengan cara ini anda dapat tidur dengan nyenyak bersama si manja.


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test