Pembedahan caserean adalah proses di mana hirisan dilakukan di perut ( laparotomi) dan rahim (histerotomi) untuk mengeluarkan bayi. Biasanya selepas pembedahan, ramai yang mengalami kegatalan di bahagian bekas pembedahan.
Jika anda diserang rasa gatal, usahakan untuk tidak menggaru di kawasan bekas pembedahan kerana boleh menyebabkan luka. Lebih baik digosok sahaja secara perlahan. Sebaik-baiknya, anda mandi menggunakan sabun berbentuk gel yang mempunyai kandungan lembut bagi mencegah terjadinya alergi di kawasan pembedahan.
Anda juga digalakkan melakukan senaman yang bersesuaian. Dengan melakukan gerakan-gerakan senaman, biasanya rasa gatal yang timbul akan berkurangan. Malah, membantu mempercepatkan aliran darah dan membuatkan anda berasa segar. Jika rasa gatal masih berterusan lebih dari 6 bulan, segera berjumpa doktor untuk mengetahui punca utama rasa gatal tersebut. Dapatkan konsultasi dari doktor.
Antara senaman selepas bersalin yang mudah untuk ibu-ibu yang melalui pembedahan caserian adalah :
1.
2. Bridge
3. Forward bends
4. Bird/dog
5. Cat/cow
(Senaman ini adalah cadangan dari saya sendiri. Sila dapatkan rujukan dari yang pakar atau doktor peribadi anda berkenaan dengan keadaan kesihatan anda)
No comments:
Post a Comment