Bisnes makanan adalah salah satu lagi idea bisnes yang boleh bermula dari rumah. Ia adalah paling asas bagaimana seorang surirumah boleh mengunakan kemahiran memasak dan boleh menawarkan produk dan servis berasaskan "idea masakan" dan "makanan".
Operasi bisnes skala kecil kini semakin berkembang dan bertambah baik dengan kepelbagaian produk yang mula diusahakan dari rumah. Masih lagi dengan idea bisnes kecil dan boleh bermula dengan modal yang kecil.
Kali ini saya mahu berkongsi 10 idea bisnes masakan berasaskan gerai. Bermula menu pagi hinggalah malam, kita boleh mengembangkan asas idea makanan dengan hanya inovasi gerai.
5 Tip Bisnes Tanpa Modal:
1. Tidak memulakan bisnes dengan hutang.
2. Tidak bermula dengan modal besar, Kumpul modal daripada sumber tabung simpanan.
3. Belajar asas berniada dan berjualan. Bisnes skala kecil membantu untuk tahu asas rekod, jualan, pelanggan, pemasaran dan sebagainya.
4. Belajar asas jualan, urus niaga pertama, jualan pertama.
5. Belajar asas bisnes dan belajar tahap perkembangan berperingkat.
Jangan Bermula Dengan 3 Berikut:
1) Memulakan bisnes dengan berhutang untuk menjadikan modal perniagaan.
2) Memulakan bisnes dengan membuat pinjaman
3) Memulakan bisnes dengan modal yang sangat besar iaitu 1K dan ke atas.
Mulakan dengan asas berikut :
1.
2. Mulakan dengan mengambil peluang bekerja secara sambilan. Contoh pilih 2 hari dalam seminggu untuk bekerja dan belajar. Contoh berminat memulakan bisnes roti, boleh belajar bekerja di kedai roti atau kilang roti. Wang gaji bekerja sambilan ini disimpan sebagai modal.
3. Latih diri untuk belajar dan urus wang dengan betul sejak daripada mula. Pengurusan kewangan adalah salah satu paling asas. Beli buku panduan kewangan, sertai komuniti bijak urus wang dan sebagainya. Hadir mana-mana kursus pengurusan kewangan peribadi, keluarga dan juga untuk bisnes skala kecil.
No comments:
Post a Comment