7 Alasan Basi Tidak Bersenam & Cara mengatasinya





1. "Saya Tiada Masa!"
Berapa lama anda tengok tv? sejam? 2 jam? Semasa tengok tv pun boleh exercise tau! Contohnya... sit up, push up..
"Kalau saya kata saya tak sempat tengok tv selepas balik kerja?"
- semasa tunggu anak berak, boleh buat senaman squat
- semasa sidai baju boleh buat lunges
- sebelum masuk tidur, boleh squat sambil dukung anak-anak...

Masa takkan tunggu kita. kita kena curi masa...




2. "Saya Terlampau penat...."
Bersenam sebenarnya berikan kita tenaga!  hormon endorphine yang dirembeskan ketika bersenam akan membuatkan kita rasa gembira. Tak sempat bersenam waktu pagi? tak mengapa.. bila-bila masa pun boleh.. tengahari boleh,,petang atau malam pun tak mengapa. It's better to exercise rather not doing it at all.




3. "Anak-anak tak boleh berenggang dengan saya"
So? bawaklah mereka bersenam sekali. Ajak berbasikal ke.. Wii sport ke..ajak main badminton ke.. Kalau anak-anak masih kecil.. Contohnya toddler dan infant, boleh lah buat di rumah.. berzumba di depan tv misalnya.. HIIT workout pun sesuai kerana ianya tidak memerlukan masa yang lama... 45 minit sudah boleh burn 500 kalori (untuk berat badan 55kg-50kg-tinggi 153cm).  Bila ibu dan ayah fit dan bertenaga, seluruh ahli keluarga juga akan suka untuk menjalani fit lifestyle~




4. "Senaman boring!"
Carilah aktiviti yang anda minat dan mengeluarkan peluh. Zumba misalnya, berkebun, menari. Kalau dah kita buat aktiviti yang kita suka, for sure ianya akan jadi habit. 
Carila kawan-kawan atau group di dalam online yang boleh bagi semangat untuk fit/kurus.




5. "Saya memang Malas nak Bergerak~"
Pertama sekali, adakah sebab anda tidak suka berpeluh ? Well, kalau begitu, tak perlu workout di luar rumah. Dalam rumah pun boleh. Lagi tricky, boleh swimming.. Laaaagilah tak nampak peluh tapi sebanarnya membakar kalori!

Kedua, adakah sebab sendi anda sengal atau sakit?
Ok, kalau begitu, swimming is the best way to burn calories kalau sendi sakit. Jika ada masalah yang serius, cubalah dapatkan nasihat doktor.




6. "Saya pernah buat, tapi tak menjadi.. "
Cuba tetapkan target yang realistik. Contohnya, dari 88 nak turunkan ke 70 misalnya. untuk hilangkan 2kg sebulan, anda perlu bakar 500 kalori setiap hari. Jadi untuk menurunkan sebanyak 18 kilo, memakan masa 9 bulan kalau ikut formula ini. Tapi tak mustahil anda boleh turun lagi cepat dari 9 bulan! Ia bergantung kepada pemakanan dan lifestyle.




7. "Saya mudah Give up~"
Cuba anda log kan perjalanan penurunan berat badan di instagram personal atau fb. Anda pasti akan lebih komited kerana rakan-rakan pasti selalu update tentang perkembangan anda. Kata-kata semangat dari rakan-rakan sedikit sebanyak sebenarnya boleh membakar semangat anda untuk terus konsisten.

Bersenam dengan anak-anak bukan mudah. penuh dengan cabara. Tapi kalau orang dah kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, MESTI KITA AKAN  USAHAKAN SEHINGGA DAPAT!





sumber:
1. http://www.webmd.com/fitness-exercise/guide/the-top-6-exercise-excuses-and-how-to-beat-them?page=1
2. http://lifehacker.com/5938216/what-happens-to-our-brains-during-exercise-and-why-it-makes-us-happier


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test