Bayi Tersedu Daripada Dalam Rahim Lagi
Sedu boleh berlaku bermula minggu keenam selepas konsepsi, sekalipun pergerakan pernafasan belum muncul ketika itu. Ini boleh dilihat melalui
Pengkaji yang diketuai oleh Christian Straus dari sebuah Hospital di Paris mengesyaki tabiat tersedu membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan semasa menetek mirip tersedu dengan glotis tertutup rapat bagi mengelakkan susu memasuki paru-paru.
Apabila kita menarik nafas, diafram (otot yang membantu kita bernafas) tertarik ke bawah untuk membantu udara masuk ke paru-paru.
Adakah Bayi Akan Rasa Terganggu?
Walaupun ibubapa akan rasa risau, namun sebenarnya ia tidak begitu mengganggu atau menyakitkan bayi. Ibu boleh terus memberikan bayi susu atau makan serta bermain seperti biasa. Ia tidak akan membuatkan bayi tercekik. Ada
Bila Perlu ke Doktor
Jika sedu ini berlarutan terlalu lama, berlaku dengan sangat kerap dan tetap kerap terjadi selepas umur bayi setahun, sila beritahu doktor anda.
“Bayi dengan penyakit refluks gastroesofagal mungkin tersedu lebih kerap. Jika sedu bayi terlalu kerap berlaku, beritahu doktor, lebih-lebih lagi jika bayi muntah dengan banyak atau batuk dan sangat meragam.” kata Lynette Manzur, Professor Pediatrik dalam Babycenter.com.
Jika Bayi Tersedu, Apa Nak Buat?
- Anda boleh membiarkan sahaja bayi tersedu. Ia
akan mengambil sedikit masa untuk menghilang dengan sendiri. - Tapi anda boleh mengelakkannya dengan mengurangkan kuantiti angin yang masuk ke perut bayi. Saiz puting yang tidak sesuai boleh menyebabkan bayi menghisap udara. Ini mungkin menyebabkan bayi tersedu. Bagaimana nak tahu saiz puting adalah sesuai? ‘Bila anda menonggengkan botol susu bayi, anda sepatutnya dapat lihat titisan susu bukan aliran susu tanpa henti ke bawah’
- Sendawakan bayi dengan menyandarkannya ke bahu. Bagi bayi yang lebih besar, biarkan dia duduk. Tepuk belakang bayi perlahan-lahan.
- Terus menyusukan bayi walaupun bayi tersedu. Biasanya sedu bayi tidak mengganggu penyusuannya, malah mungkin ini akan membuatkan sedunya hilang. Tetapi jangan terlebih menyusukan juga kerana mungkin terlebih menyusu menjadi penyebab sedu bayi.
- Jika anda risau terlebih memberi susu, cuba beri susu bila bayi mahu (on-demand) bukannya mengikut jadual.
- Kalau ikut petua orang-orang dahulu, mereka akan mengoyakkan secebis kertas dan tampal di dahi bayi sambil selawat. Insya Allah hilang sedunya. Tiada bukti saintifik terhadap petua ini tetapi ianya menjadi turun temurun di kalangan masyarakat melayu.
- Agah-agah baby, bermain dan bercakap dengan baby agar baby terlupa dengan ketidakselesaan dia akibat tersedu.
1. http://tripletstory.blogspot.my/2010/12/bila-bayi-tersedu.html
2. http://www.wikihow.com/Get-Rid-of-Baby-Hiccups
No comments:
Post a Comment