Doktor di kebanyakan negara menggalakkan wanita mengambil suplemen yang berada di farmasi. Walaubagaimanapun, doktor di Jepun menggalakkan wanita hamil mengambil buah, sayuran dan susu sebagai vitamin mereka. Mereka percaya sumber natural adalah yang terbaik untuk ibu hamil semasa trimester pertama. Dalam waktu yang sama, Doktor di Jepun masih menyarankan wanita hamil untuk ambil FOLIK ASID sebagai vitamin harian sepanjang kehamilan.
Doktor di Jepun sangat tegas bila berkaitan dengan berat badan ketika fasa kehamilan. Maksimum berat badan yang boleh naik adalah antara 7-12Kg sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan. Di mana, ia akan memudahkan proses bersalin dan memudahkan wanita mendapat kembali bentuk badan asal seperti sebelum hamil.
Waktu Rehat Selepas Bersalin/ Berpantang
Standard waktu wanita selepas bersalin di tahan wad adalah selama 5 HARI bagi wanita yang bersalin secara normal manakala 7 hari untuk wanita yang bersalin secara caesarean. Tidak seperti di negara lain, waktu wanita di tahan wad selepas bersalin hanya mengambil masa 2-4 hari sahaja jika tiada komplikasi. Waktu berpantang haruslah berehat di rumah adalah selama 4 minggu iaitu 30 hari.
Waktu rehat yang lama semasa berpantang di Jepun sebenarnya adalah efektif kerana rehat yang lama lebih kepada inginkan fast recovery kepada tubuh si Ibu dan juga maintan kesihatan wanita.
(pengalaman Erica Knecht bersalin di Jepun dan bentan ,baca di sini )
Dalam Kes-kes Tertentu, Inkubator Adalah Percuma.
Di Kebanyakan negara, apabila dapat tahu bayi anda lahir pramatang pasti ibu bapa merasa sayu je lihat anak harus diletakkan di dalam inkubator dan dalam masa yang sama turut susah hati sebab harus mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk menampung perbelanjaan inkubator. Tetapi di Jepun, servis inkubator boleh jadi PERCUMA di beberapa hospital. Anda hanya perlu mengeluarkan duit untuk kos lampin dan susu sahaja.
No comments:
Post a Comment