Viral gastroenteritis (gastro) yang ibu bapa perlu tahu !



Pernah dengar tentang gastroenteritis? Anak saya pernah 3-4 kali rasanya terkena virus ini. Anak yang sulung masa itu berumur 3 tahun manakala yang kedua berumur 1 tahun. Masa first time anak yang sulung terkena jangkitan virus ini, dia berak-berak sehingga tidak ada apa yang boleh dibuang dan muntah-muntah lebih dari 7 kali. Muntah yang kali ke tujuh berwarna hijau. 

Masa ni, rasa jantung berdebar macam kereta ferrari. Bila sampai muntah hijau, terus masuk kereta, heading to hospital
 lepas minum susu, memang confirm akan muntah. Tapi bagus, sebab virus gastro dapat keluar melalui muntah.

masa anak no 2 pulak, tak kena admit. kebetulan dia tak muntah teruk sangat. Doktor pun setuju untuk tidak admit dan hanya monitor dari rumah. Tapi yang tak bestnya, doktor suruh puasa 12 jam tanpa susu walaupun susu badan. Masa ni dah pelik dah kenapa susu badan tak boleh. Padahal susu ibu lah bagus. Dahlah anak no 2 ni memang exclusively bf. Tak pernah minum botol. Disuruhnya pula bagi minum air 100 plus edge.

Esoknya baru teringat ada seorang kawan yang memang doktor kat bandar penawar. Mintalah pendapat dia pasal kenapa anak kite tak dibenarkan minum susu badan selama 12 jam. Rupanya, susu ibu memang boleh je anak kite minum. Tak ada masalah pun. Ciss~ penat tau bersengkang mata tak nak kasi anak menyusu badan. Nak pujuk die puasa pada umur setahun lebih masa tu bukannya senang. Haih~


Fakta penting yang anda perlu tahu tentang Gastroenteritis :

  • gastro ( gastroenteritis ) adalah jangkitan usus yang menyebabkan cirit-birit, dan kadang-kadang muntah .


  • cirit-birit berair (najis cair) 


  • kanak-kanak perlu minum banyak air jika mereka mempunyai gastroenteritis.


  • Kerap beri air/minuman . Jika anak tidak mahu minum air, cuba beri dengan syringe.


  • Gastro boleh menyebabkan dehidrasi, terutama di kalangan bayi dan kanak-kanak.


  • Perhatikan tanda-tanda dehidrasi (seperti bibir kering , lampin kurang basah , mata cengkung , mengantuk luar biasa ) dan segera bawa anak anda berjumpa doktor jika terdapat simtom-simtom dehidrasi.


  • Jika bayi anda berusia kurang daripada 6 bulan dan mempunyai muntah dan / atau cirit-birit , anda perlu berjumpa doktor segera - bayi boleh mengalami dehidrasi dan lemah dengan cepat.



  • Jika anak masih breastfeed, teruskan menyusui anak anda seperti biasa. Jangan beri susu formula. Gantikan dengan air kosong atau air 100 plus yang tiada gas.



Apa itu gastroenteritis ?
Gastro ( gastroenteritis ) adalah jangkitan usus yang menyebabkan cirit-birit ( berair, najis berair ) dan kadang-kadang muntah .


Apakah puncanya?
Gastro biasanya disebabkan oleh virus. Virus biasa ialah rotavirus dan adenovirus tetapi sebenarnya terdapat lain-lain lagi . Oleh kerana terdapat banyak virus yang menyebabkan gastro menyerang kanak-kanak, maka gastro boleh menyerang kanak-kanak lebih dari sekali  seumur hidup.


Bagaimana orang boleh dijangkiti virus ini?
Seorang kanak-kanak boleh mendapat virus apabila mereka :

1- menyentuh sesuatu yang telah bersentuhan dengan virus penyebab cirit-birit atau muntah seseorang.

2- Kanak-kanak  meletakkan tangan mereka (yang telah tersentuh seseorang yang di jangkiti virus ini) di dalam mulut mereka

Virus ini mudah merebak di rumah , penjagaan harian , tadika dan sekolah.

Jadi, mengikut pengalam saya sendiri, jika salah seorang anak saya dijangkiti virus ini, seorang lagi pasti akan terkena tempiasnya sekali.

Berapa lama biasanya ia akan berakhir ?
Muntah-mutah dan berak-berak biasanya makan masa selama 10-14 hari. Ibu bapa tidak perlu risau jika anak masih minum air dan tidak dehidrasi. Biasanya kanak-kanak akan menjadi aktif semula setelah hari keempat atau kelima tetapi masih lagi berak-berak sehingga hari ke-10 hingga 14.

Kenapa anak saya berisiko terkena jangkitan gasto ?
Sebenarnya jangkitan gastro ini menyerang perlbagai peringkat umur. Tetapi biasanya bayi dan kanak-kanak lah yang paling teruk sebab mereka masih lagi tidak faham kepentingan dehidrasi. Jadi ibu bapa harus alert dengan pengambilan air di kalangan anak-anak yang terkena jangkitan gastro.

Apakah Simtom Gastro ?

Simtom biasa :
-loya
-cirit birit ( najis cair )
- Muntah

Kadang-kadang kanak-kanak yang terkena jangkitan gastro boleh mengalami:
- demam
- sakit perut


Bagaimana mahu menjaga kanak-kanak yang terkena jangkitan gastro di rumah?
Jika anak anda berumur lebih dari 6 bulan dan mengalami gastro yang tidak teruk + tidak mengalami dehidrasi, anda boleh sahaja jaga di rumah. Perkara paling penting jika anak terkena jangkitan gastro, adalah TERUSKAN BERI ANAK-ANAK MINUM AIR. Apa-apa minuman sekali pun, 
- beri air sedikit tapi kerap . Target untuk berinya suku cawan air setiap 15 minit atau 1 sudu teh atau 5ml air dalam syringe setiap minit.
- Kena sentiasa offer anak-anak minum air walaupun anak anda muntah-muntah. Jangan kasi can mereka terkena dehidrasi.

Jenis-jenis air :
- Jika anak masih menyusu badan, teruskan sahaja dengan menyusu badan. Ingat ya,  jika ada doktor yang suruh anak puasa jangan beri susu badan. Tak usahlah ikut. Susu ibu adalah sumber terbaik dan penawar terbaik. 
- Jika anak anda berumur lebih dari setahun, boleh cuba berinya susu lembu segar.

Anda juga boleh beri anak anda air seperti di bawah tapi perlulah di cairkan kerana ianya mengandungi kandungan gula yang tinggi (Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan cirit birit lebih teruk)
1. Kordial- cairkan 5 kali kurang manis dari biasa.
2. Sup
3. Jus buah. Juga cairkan . Elakkan jus terlalu pekat.
4. Minuman isotonik 100 plus edge. Masa anak saya terkena gastro, doktor mencadangkan minum air ini kerana tiada gas. 

Air yang anak-anak tidak boleh minum jika terkan jangkitan gastro :
1- Air yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti ribena, gatorade. Jika mashu sekalipun, haruslah di cairkan secair-cairnya. Jka was-was, tidak perlu bagi langsung.
2. Teh atau kopi- air ini akan menyebabkan anak lagi dehidrasi.

Perlukah saya beri anak saya makan makanan seperti biasa?
- Anda harus menawarkan anak-anak makanan jika mereka lapar walaupun dalam keadaan cirit-birit. Kanak-kanak akan lebih cepat baik jika mereka makan berbanding jika di biarkan perut kosong tidak berisi makanan.
- Jangan risau jika anak elak untuk makan. Biasalah, mereka masih lemah akibat cirit birit dan muntah.
- Jika boleh, elakkan dari tidak beri makanan langsung lebih dari 24 jam.
- makanan berkanji adalah terbaik jika anak cirit birit. Cuba beri makanan seperti roti atau roti bakar, bubur, nasi, kentang, biskut kosong, yogurt, puding susu.

Makanan apa yang perlu dielakkan ?
- Elakkan makanan berlemak dan bergula seperti :
1. makanan segera ( McDonald , etc )
2. Gula-gula, kek, coklat, aiskrim, santan

Perlukah anak saya diberi ubat untuk kurangkan cirit-birit ?

Tidak perlu . Kemungkinan akan lebih teruk. Mengikut pengalaman saya, doktor akan menyarankan supaya anak-anak dibiarkan berak atau muntah kerana virus gastro akan keluar dari najis dan muntah. 

Jadi, biarlah anak-anak sembuh secara semulajadi.

Tapi , mungkin doktor akan beri ubat muntah jika muntah keterlaluan.

Apa perlu dilakukan jika punggung anak melecet ?
Cirit-birit boleh mengakibatkan punggung anak melecet. Cuba sapukan dengan vaselin atau krim pelindung.

Bagaimana nak tahu anak saya dehidrasi?
Dehidrasi adalah kehilangan cecair, akibat muntah-muntah dan cirit-birit. Bayi lah yang paling  mudah dapat dehidrasi.

Tanda-tanda dehidras:
- mulut dan lidah kering.
- mata cengkung
- tangan dan kaki sejuk
- lemah dan sering mengantuk
- lampin kurang basah atau tidak kerap kencing seperti biasa.

Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera bawa berjumpa doktor. 

Bila sebenarnya perlu bawa anak ke doktor ?
Anda harus bawa segera anak anda ke doktor atau hospital jika :
1. Anak anda berumur kurang dari 6 bulan- muntah dan cirit birit kerana mereka sangat cepat boleh terhidrasi.
2. Anak tidak boleh bangun dan pening.
3. Berak cair lebih dari 8-10 kali sehari
4. Ada darah pada najis.
5. Muntah anak berwarna hijau 
6. Anak mengadu sakit di bahagian perut yang keterlaluan.
7. Jika anak mengalami dehidrasi
8. Jika anak cirit birit lebih dari 10-14 hari.

Bagaimana saya boleh mengelakkan dari merebakkan virus gastroenteritis ?

1. Kerap basuh tangan- terutamanya selepas ke tandas, selepas menukar lampin, sebelum menghidangkan makanan. Galakkan anak anda untuk membasuh tangan dan mengelap tangan selepas menggunakan tandas.
2. Cuci tandas .
3. Membasuh pakaian anak yang mengalami jangkitan gastro dengan air panas dan asingkan dengan baju ahli keluarga yang lain.
3. Elakkan berkongsi makanan/
4. Jauhkan anak anda dari kanak-kanak lain sehinggalah cirit-biritnya sembuh. Kanak-kanak yang terkena jangkitan gastro WAJIB diasingkan dari pusat jagaan harian, sekolah dan tadika sehinggalah anak anda telah sembuh dari cirit birit selepas 48 jam.


Semoga Bermanfaat!!

sumber : http://www.kidshealth.org.nz/viral-gastroenteritis-gastro

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test