10 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik.



Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asean. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Sebelum ini saya ada berkongsi khasiat dan kebaikan buah-buahan yang lain seperti buah Avokado, buah Delima, buah Belimbing dan buah Naga. Di bawah saya senarai 10 khasiat dan kelebihan buah betik.




1) Sebagai tonik tambahan
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.


2) Ubat bagi sembelit dan buasir
Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.


3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.


4) Mengubati sakit-sakit otot 
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.


5) Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan
Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.



6) Mengubati tumit pecah-pecah 
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.


7) Dijadikan Ulam-ulaman
Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.


8) Sesuai untuk merawat Hemoroid
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.


9) Kaya dengan vitamin c
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.


10) Kaya dengan vitamin A
Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.








Sumber : http://panduan-tips-petua.blogspot.com/2014/04/10-khasiat-dan-kelebihan-buah-betik.html

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test