Suka Makan, Tapi Mahu Kurus? Ada Caranya





Jika selama ini anda mengorbankan snek atau kudapan sihat untuk membuang kalori, mungkin anda perlu pertimbangkan semula untuk menghentikan tabiat ini. Untuk mengurangkan berat badan, anda perlukan kudapan dan snek sihat. Snek sihat memastikan anda tidak makan banyak apabila tiba waktu makan.

Berikut adalah antara snek atau kudapan sihat yang boleh memberikan anda nutrisi walaupun anda sedang berdiet :



1) Greek Yogurt dengan Raspberi dan Madu
Manis, berkrim dan mengenyangkan, gabungan sebekas greek yogurt , secawan raspberi dan setengah sudu makan madu ini mampu memenuhi segala keinginan anda. Gabungan serat, lemak menyihatkan dan protein dapat menghilangkan rasa lapar pada waktu petang. Khasiat vitamin C yang diberikan oleh raspberi meningkatkan kebolehan tubuh membakar lemak. Ini dinyatakan di dalam Journal of American College of Nutrition.



2) Anggur dan Kacang Walnut
Anggur memberikan kemanisan yang anda inginkan manakala kacang walnut boleh membuatkan perut berasa kenyang. Secawan anggur da segenggam kacang yang dicampurkan bersama memberikan gula semulajadi, serat, lemak menyihatkan dan protein. Kesemua ini penting untuk memberikan tenaga berpanjangan.


3) Kacang Edamame
Secawan kacang edamame (kacang soya hijau) memenuhi satu pertiga keperluan serat dan protein yang dioerlukan oleh tubuh. Jika anda mahukan ia tahan lama, makan terus daripada lenggai atau kulitnya.


4) Biskut Tawar dan Keju Cottage
Cicah 10 keping biskut tawar rendah lemak atau makannya dalam apa sahaja cara. Setengah cawan keju cottage mengandungi satu perempat pengambilan protein yang diyorkan untuk tubuh. Gabungan lemak dengan protein ini akan memastikan perut berasa kenyang sehingga tiba waktu makan yang sepatutnya.


5) Hummus Mediterranean
Anda boleh memulakan diet Mediterranean dengan menggabungkan timun, zaitun dan hummus yang tinggi dengan serat dan rendah lemak. Snek ini lebih mengenyangkan.


6) Oat dan Blueberry
Oat bukan sahaja untuk sarapan. Ia juga baik dimakan pada bila-bila masa dan jika anda mahukan jantung yang sihat. Oat penuh dengan serat. Ia membantu mengatur tahap gula dalam darah agar anda tidak keletihan. Sementara itu blueberry menambah kemanisan tanpa sebarang gula tambahan.


7) Pisang dan mentega kacang
Sapukan sesudu makan mentega kacang ke atas pisang. Karbohidrat akan memberikan tenaga dengan segera manakala protein akan memastikan tenaga berterusan berjam-jam. Kajian tahun 2013 dalam British Journal of Nutrition mendapati bahawa   memakan mentega kacang pada waktu pagi boleh membantu mengawal selera sepanjang hari.


8)Epal dan Keju
Sehari sebiji Epal tidak semestinya memastikan anda sihat sepenuhnya tetapi ia mampu membantu mencegah panambahan berat badan. Ini adalah mengikut penyelidikan yang dilakukan dalan jurnal nutrisi. Kajian lain menunjukkan keju juga mampu memberikan kebaikan yang sama. Gabungkan sebiji epal dengan setengah hirisan keju cheddar.


Jika ikut pengalaman saya sendiri, saya lebih prefer diet yang "kerap makan" tapi dalam kuantiti yang terkawal dan diet yang mempunyai "kudapan atau snek". Diet sihat sebegini lebih membuatkan mood "ceria" berbanding mengamalkan diet atkins/paleo/military. Tetapi, lain orang, lain caranya.

Wallhua'lam.

Semoga bermanfaat!


Sumber : Mingguanwanita












lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test