Terdapat beberapa
1. Diet Sup Kobis
Ia diet ekstrim kerana boleh menurunkan berat badan secara drastik dengan hanya mengambil sup kobis selama tujuh hari. Dengan menikmati semangkuk sup kobis dengan pilihan makanan rendah kalori ia membantu mengurangkan berat badan sebanyak 4.5kg.
Diet ini tidak disarankan kerana ia boleh menghilangkan pelbagai nutrisi, kekurangan vitamin dan mineral. Ia juga merosakkan keindahan rambut,kuku dan kulit.Selain itu, badan tidak akan mendapat apa-apa kalori, perut akan masuk angin kerana diet yang sangat ketat dan menganggu sistem pencernaan.
untuk keterangan lanjut, di sini.
2. Diet Makanan Bayi
Teori diet ini menggantikan makanan yang biasa diambil kepada ukuran makanan bayi atau makanan bayi. Contohnya, makanan yang dikisar, bubur dan snek bayi. Melalui pengambilan makanan bayi, ia membantu untuk mengelak makan terlalu banyak sehinggakan anda merasa kenyang, makan dalam jumlah yang kecil.
Makanan bayi mungkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi makanan bayi tidak mampu memenuhi keperluan serat, protein, karbohidrat dan kalsium pada orang dewasa. Walaupun cara ini tidak berbahaya pada masa akan datang tetapi kesannya boleh mengakibatkan gangguan otot tulang.
3. Diet Air
Sepanjang hari, anda perlu minum air sebanyak 64 auns untuk memberikan tenaga pada badan.
Secara teoriti, diet ini tidak masuk akal. Tidak dinafikan dengan minum air yang banyak setiap hari dapat memberikan gaya hidup yang sihat. Namun, tidak semua dapat mengikuti diet ini terutamanya pesakit jantung, ginjal dan hati kerana ia mempunyai gangguan penyimpanan cairan dan ketidakseimbangan elektrolit.
4. Diet Coklat Susu
Diet ini dilakukan dengan cara minum tiga gelas susu coklat sepanjang hari dengan pola pemakanan yang sihat.
Tidak ada bukti menunjukkan bahawa vitamin D atau kalsium akan menyebabkan penurunan berat badan. Protein dan karbohidrat yang terdapat dalam makanan pula digunakan untuk membantu badan selepas 30 minit bersenam.
5. Diet Rendah Karbohidrat
Tujuan diet ini adalah memaksa badan menggunakan lemak sendiri sebagai sumber tenaga utama. Badan juga tidak banyak mengambil karbohidrat sebaliknya diganti dengan makanan yang kaya protein.
Beberapa orang beranggapan satu keping daging lebih baik daripada satu keping roti. Sebenarnya, pengambilan karbohidrat mestilah sesuai dengan keperluan. Bagi wanita hamil, remaja dan pesakit diabetes, berhati-hati dengan diet ini.
6.
Program ini berdasarkan diet kuno yang mengambil makanan seperti sayuran, kacang-kacangan, buah-buahan dan daging. Anggapan mereka bahawa masyarakat pra sejarah tidak mengalami penyakit ‘moden’ kerana kurang kalori dalam makanan.
Secara umumnya, badan menghadkan pengambilan makanan sehingga kekurangan susu, bijian dan kacangkacangan yang merupakan sumber nutrisi penting untuk kesihatan badan.
7. Diet Haleluya
Mengambil 85% semua sayuran mentah dan 15% daripada makanan yang dimasak.
Cara ini tidak sesuai bagi anda yang bukan penggemar diet vegetarian.Kebanyakan pesakit hendaklah dipantau oleh pegawai kesihatan kerana ia boleh menjadi anemia. Mengambil sayuran mentah bukan sahaja memberi kesan kepada sistem pencernaan dan tidak ada juga bukti menunjukkan sayuran mentah sangat efektif daripada sayur yang dimasak.
8. Diet 17
Diet ini adalah untuk mengubah pola makan setiap 17 hari sebelum badan dapat menerima kebiasaan makanan yang diambil dalam menjaga metabolisme. Dimulakan dengan makanan rendah kalori. Kemudian, berubah kepada 1500 kalori per hari dan tahap ketiga makan sesuka hati pada hujung minggu.
Usah keliru dengan idea dengan tidak makan pada hari biasa, sebaliknya makan apa sahaja pada hujung minggu.
Malah, tidak ada bukti diet ini mempercepatkan metabolisme badan. Jangan manjakan diri pada hujung minggu dan tidak salah anda mengambil sedikit makanan yang disukai setiap hari asalkan dalam hidangan yang kecil.
No comments:
Post a Comment