5 Cabaran Penyusuan Yang Tak Sepatutnya Berlaku



Ada ibu yang teruja hendak menyusukan anak dengan susu ibu bila tengok kawan-kawan lain gigih menyusukan anak tetapi tak pernah ambil tahu apa langkah yang patut diambil untuk menjayakan proses tersebut. Antara cabaran penyusuan yang mungkin mengganggu azam anda untuk menyusukan anak secara eksklusif seperti berikut.


Tiada persediaan
Lagi seminggu hendak naik kerja, ibu baru sibuk bertanya macam mana cara hendak buat stok susu! Apa??? Lagi seminggu? Sepatutnya seminggu selepas melahirkan anak, ibu sudah mula membuat stok susu ibu untuk anak bila sudah kembali bekerja nanti.



Tiada pam payudara
“Pam jenis apa yang paling best ye?”  Itu antara soalan yang kerap ditanya oleh ramai ibu-ibu yang baharu melahirkan anak. Sepatutnya pam payudara sudah disediakan sejak awal mengandung lagi. Ia patut ada dalam senarai barang wajib beli oleh ibu mengandung. Barulah nampak kesungguhan hendak menyusukan anak dengan susu ibu.


Suami tak memahami
Siapa tak kecewa apabila orang yang paling rapat tidak faham dan tidak beri sokongan untuk menyusukan anak dengan susu ibu. Bukan semua ibu/ibu mertua faham tentang konsep penyusuan susu ibu. Kadang kala ada orang tua yang lebih percaya dengan susu formula berbanding susu ibu terutama jika bayi baharu lahir asyik menangis. Alasan mereka bayi lapar, perlu ditambah dengan susu formula baru puas minum. Keluarga memainkan peranan penting untuk menyokong penyusuan!



Malasnya hendak mengepam
Jika hendak menyusukan bayi secara eksklusif, tiada istilah malas ya! Mengepam secara konsisten memainkan peranan penting mengekalkan kuantiti susu ibu. Jangan bagi alasan tiada masa atau malas hendak pam susu.  Carilah masa sepanjang berada di pejabat untuk melakukan tugas mengepam secara konsisten. Tak perlu lama, cukup 20 minit setiap tiga jam. InshaAllah susu akan sentiasa ada untuk stok si manja.


Susu tak banyak
Ini alasan klise yang diberi oleh kebanyakan ibu selepas melahirkan anak. Jangan anggap susu  anda perlu keluar memancut-mancut dan mencurah-curah sampai habis basah lencun baju. Sebenarnya susu kit a cukup untuk keperluan anak kita sendiri. Asal sahaja kita pam dengan konsisten, jumlah susu yang dihasilkan akan cukup. Banyakkan berdoa dan rajin menimba ilmu tentang penyusuan.


Semoga Bermanfaat!!

sumber : Pama

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test