Jom ketahui 15 fakta menarik tentang bayi yang anda kadang-kadang tak pernah tahu :
1.
Sejurus selepas lahir, bayi mempunyai 350 tulang! Tapi jumlahnya akan berkurangan kerana beberapa tulang akan bercantum sehingga menjadi 206 tulang seiring dengan pertambahan usianya
2.
Bayi yang baru lahir tidak akan menghasilkan air mata jika menangis hingga berusia beberapa minggu kerana kelenjar air matanya belum cukup matang dengan sempurna. Setelah berumur 2-3 bulan, barulah bayi menangis disertai dengan linangan airmata kerana pada usia itu penghasilan air mata semakin meningkat.
3.
kebiasaannya bayi yang baru dilahirkan akan mempunyai tanda lahir dan akan hilang seiring dengan pertambahan umur bayi . Hal ini kerana terdapat pembuluh darah halus di bawah kulit bayi.
4.
Menurut Prof William A Engle,bayi akan tidur selama 18-22 jam sehari dan akan terbangun seawal pukul 3 pagi.
5.
-ia adalah salah satu perubahan fisiologi yang mengaktifkan refleks tertentu. Jadi , jika bayi tersenyum semasa sedang tidur , ianya adalah disebabkan refleks, bukannya ada kaitan dengan emosi.
6. Tidak mempunyai tempurung lutut.
Bayi hanya mempunyai tulang kartilago pada lututnya sebelum tempurung lututnya muncul pada usia 6 bulan.
7.
Selepas di lahirkan, seluruh kulit bayi akan ditumbuhi rambut-rambut halus.
8.
Memang benarlah jika ada orang mengatakan bau bayi adalah bau dari syurga.
9. Bayi tidak suka suasana sunyi.
Semasa di dalam rahim selama 9 bulan, bayi ditemani dengan bunyi aliran darah ibunya. Sebab itulah salah satu cara untuk menenangkan bayi adalah dengan bunyi "Shhh...shhhh". Bukan bunyi kencing tau!
10. Jangan risau jika ada bintik putih pada muka bayi.
Bintik putih ini adalah milia. Kebanyakan bayi akan mengalami situasi seperti ini. Ianya akan hilang dalam seminggu pertama selepas kelahiran.
11. Boleh menangis tanpa sebab.
Tak lain dan tak bukan, bayi anda sedang bosan. Dia merasa sedih dan ingin dibelai ataupun bayi menangis sebab sedang adaptasi dengan suasana baru. Ajaklah dia bermain atau bawa berjalan-jalan.
12. Normal
Bayi berdengkur kerana ada penghasilan ekstra air liur bagi persiapan pertumbuhan gigi. Bayi juga bersin untuk membersihkan hidungnya secara semulajadi.
13. Najis pertama berwarna hijau kehitaman.
Jangan terkejut jika najis bayi anda berwarna hijau kehitaman pada hari pertama dan kedua selepas kelahirannya. Lama-kelamaan warna najisnya akan berubah menjadi hijau coklat , dan seterusnya menjadi kuning.
14. Hanya dapat lihat warna hitam-putih
Bayi hanya akan dapat melihat warna hitam dan putih. Pada usianya mencapai 4 bulan, barulah mereka dapat mengenali pelbagai warna yang cerah. Kita digalakkan untuk memberikannya mainan berwarna cerah dilengkapi dengan bunyi-bunyian agar penglihatan si kecil terlatih.
15.
Jangan risau jika bayi ada seperti kelemumur atau kerak di kepalanya. ibu haruslah rajin hilangkan kerak ini dengan lotion, baby oil ataupun syampoo.
No comments:
Post a Comment