Mungkin anda tidak sedar, apa yang anda lakukan seharian boleh membahayakan kesihatan. Memakai seluar jeans yang terlalu ketat, menyilangkan kaki ketika duduk atau mendengar ‘walkman’ semasa tidur. Kebiasaan inilah yang boleh meningkatkan risiko terkena penyakit tertentu.
SILANG KAKI
• Duduk dengan menyilang kaki boleh meningkatkan tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah) sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%. Sebaiknya, elakkan menyilang kaki lebih daripada 15 minit dan jangan duduk dengan posisi dan tempat yang sama lebih dari 45 minit.
TIDUR MENIARAP SEPANJANG MALAM
• Posisi ini memang membuatkan anda lebih mudah untuk tertidur. Namun, elakkan dari tidur terlalu lama dalam posisi ini kerana leher anda boleh mengganggu peraliran darah. Posisi tidur yang baik adalah terlentang atau mengiring sambil memeluk bantal di antara kaki.
MENGENAKAN TALI PINGGANG TERLALU KETAT
• Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga boleh mengganggu sistem penghadaman anda dan akan menekan perut serta organ dalaman. Kesannya, proses penghadaman tidak berjalan dengan baik. Pastikan anda
BEG TANGAN DI SISI
• Kebanyakan anda membawa beg tangan yang disangkut di bahu pada sisi yang sama. Kebiasaan inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan menyebabkan rasa sengal. Sebaiknya, jangan membawa barang terlalu banyak dalam beg dan keraplah berganti antara bahu kiri dan kanan.
TERUS LAKUKAN REGANGAN SELEPAS BANGUN TIDUR
• Ketika bangun tidur, anda biasa melakukan regangan badan. Jangan begitu, kerana kebiasaan ini boleh merosakkan sendi pada tulang belakang. Kesannya anda sakit pada bahagian punggung dan leher. Disarankan selepas bangun tidur, lebih baik anda terus bangun, berjalan di sekeliling rumah, minum air putih atau menggosok gigi.
KERAP MEMBONGKOK
• Dengan membongkok, ia boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan member tekanan kepada tulang belikat anda.
MEMAKAI JEANS TERLALU KETAT
• Skinny jeans
No comments:
Post a Comment