Tak kisahlah jika anda mahu ‘selfie’.
Sebenarnya jika anda mahu ambil gambar ‘selfie’ yang tampak natural, anda tidak perlu mengenakan bedak asas.
Tahukah anda, menggaris mata dengan warna hitam akan menyebabkan mata anda kelihatan kecil? Untuk menyerlahkan bentuk mata, gunakan penggaris mata rona tanah. Lebih cantik jika anda gariskan mata anda dengan pembayang mata.
Tak pakai pelembap bibir
Jika anda mengenakan gincu, jangan sesekali abaikan kesihatan bibir anda. Oleskan pelembap bibir terlebih dahulu sbeelum mengenakan gincu. Gagal mengenakan pelembap bibir akan menyebabkan bahaian itu mengalami kekeringan dan kelihatan ‘pecah-pecah’. Oh, sangat tidak cantik!
Maskara pada bulu mata atas
Salah tu kalau anda hanya mengenakan maskara pada bulu mata atas. Seeloknya, jika mahukan solekan anda ‘pop-out’ dan mata anda kelihatan besar, anda seharusnya mengenakan masakara pada bulu mata di bahagian bawah juga. Oles dua kali maskara pada bulu mata atas dan satu lapis lagi pada bahagian bawah. Bila nak bergambar, rona maskara terbaik adalah hitam pekat. Pastikan olesan bermula dari akar sehingga hujung maskara.
Pemerah pipi atau ‘bronzer’
Kalau tak nak kelihatan terlalu pucat dalam gambar, anda harus kenakan sedikit pemerah pipi pada tulang pipiu. Ia akan menyerlahkan bentuk tulang pipi dan membuatkan wajah anda tampak segar. Tidak perlu terlalu merah, pilih rona yang bersesuaian dengan mekap anda ketika itu, jika mahukan rupa natural, maka merah jambu lembut buat si kulit cerah dan pic buat si hitam manis.
No comments:
Post a Comment