4 Sebab Kenapa Ibu Hamil Kerap Dahaga



“Kenapa asyik dahaga je ni. Dah berbotol minum air?” ngadu Mira yang sedang hamil kepada rakannya.

Sebenarnya kekerapan rasa dahaga memang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil, terutama di awal kehamilan. Ini diakibatkan oleh perubahan yang dialami oleh badan sepanjang mengandung. Ia juga petunjuk ibu dan bayi memerlukan cecair tambahan yang banyak.

Kerap juga rasa dahaga ini dialami oleh ibu yang sudah masuk ke trimester ketiga kehamilan. Ini kerana rahim semakin membesar dan terjadi tekanan pada pundi air kencing sehingga menyebabkan ibu cepat rasa dahaga.

Berikut antara mengapa ibu kerap rasa dahaga sepanjang mengandung:

1. Peningkatan Hormon

Semasa mengandung, hormon menjadi tidak seimbang terutama pada peringkat awal. Peningkatan hormon estrogen turut membuatkan rasa haus.

2. Untuk Hidrasi

Cecair diperlukan sepanjang mengandung kerana salah satu kegunaannya adalah untuk penghasilan cecair kantung amnion/kantung ketuban. Ia berfungsi untuk melindungi bayi. Air juga diperlukan buah pinggang untuk membuang sisa pembuangan dari dalam badan termasuk sisa pembuangan yang dihasilkan oleh bayi.

3. Peningkatan Bekalan Darah

Bekalan darah ke dalam rahim akan meningkat ketika mengandung seiring dengan perkembangan rahim dan untuk memenuhi keperluan plasenta yang mula berfungsi. Keperluan darah sangat penting untuk nutrisi bayi dalam kandungan dan keperluan oksigen di mana darah berfungsi sebagai agen pengangkutan oksigen ke seluruh badan. Nutrisi dan oksigen ini diperlukan oleh sel-sel untuk terus berkembang. Tidak hairanlah ibu hamil kerap haus apabila usia kehamilan semakin bertambah. Ini kerana keperluan darah yang semakin meningkat menyebabkan rasa dahaga terus bertambah.

4. Penurunan tekanan darah

Kadang kala berlaku penurunan tekanan darah pada 24 minggu pertama kehamilan. Ini kerana jantung perlu mengepam darah lebih banyak dan bekerja lebih kuat di seluruh badan. Selain rasa dahaga, ibu turut akan bernafas lebih cepat, pucat, mual, penglihatan kabur dan pening kepala.

Semoga Bermanfaat!!


sumber : Pama

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test